Saturday, May 16, 2015

Mahathir Mahu Pandikar Amin Letak Jawatan Untuk Desak Najib, Lagi Banyak Akan Diugut?

16 Mei 2015, Kuala Lumpur : Sumber yang rapat dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi laporan TheRakyatpost.com

Menurut sumber terbabit perletakan jawatan tidak timbul kerana idea tersebut datang dari Tun Mahathir Mohamad sendiri bukannya dari Pandikar Amin.

“Kenyataan Akhbar akan dibuat dalam sedikit masa lagi” kata sumber terbabit.
IMG-20150516-WA0046 
Sementara itu, Dato Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyifatkan kenyataan Tun Mahathir itu sebagai tidak masuk akal.

Menurut beliau, hubungan Pandikar Amin dengan Mohd Najib berada dalam keadaan baik. Malah Speaker tersebut turut berada di Majlis Bersama Perdana Menteri di Kota Belud minggu lalu.

Sementara itu MYKMU percaya Tun Mahathir akan mula meminta beberapa orang yang masih memegang jawatan dan pernah mendapat bantuan beliau untuk meletak jawatan sebagai satu usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan.

Berdasarkan rekod politik Tun Mahathitr, tidak mustahil selain mengungkit jasa, beliau juga akan menggunakan maklumat-maklumat yang beliau ada untuk menundukkan Menteri-menteri di bawahnya suatu ketika dahulu, dan masih digunakan oleh Najib.

Sebab itu kita lihat Menteri-menteri yang pernah berkhidmat dengan Mahathir mengambil jalan berdiam diri atau jalan tengah dalam gerakan Mahathir menjatuhkan Najib ini.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment