Saturday, May 16, 2015

Manifesto 1 Juta Rumah Dalam Tempoh 5 Tahun Sedang Berjalan

16 Mei 2015, Johor Baharu : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 kepada kerajaan negeri dan melancarkan projek PPR Sungai Melana Fasa II pagi ini. Projek Fasa 1 yang bermula pada 1 Oktober 2009 ini siap sepenuhnya dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 13 November tahun lalu.

Dibina di kawasan seluas 7.58 hektar, PPR itu merangkumi pembinaan 1,170 unit rumah pangsa (tiga blok) melibatkan kos RM147,741,100.

Sehingga kini, Johor menerima peruntukan sebanyak RM1,439,590,000 melibatkan lapan projek PPR dengan 8,728 unit rumah telah siap dibina, empat projek (2,917 unit rumah) dalam pembinaan dan dua lagi projek (900 unit) bakal dinikmati golongan berpendapatan rendah. 

Program Perumahan Rakyat (PPR) ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik. Keperluan perumahan atau kediaman merupakan satu keperluan asas yang penting untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial rakyat. Dalam usaha kerajaan membangunkan negara dari segi ekonomi dan kemajuan yang pesat, kerajaan terus menyediakan bekalan rumah mampu milik bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)akan memastikan usaha ini berterusan dan menyediakan pelan strategik dalam merealisasikan harapan rakyat lalu menangani kekangan perumahan yang dihadapi rakyat.

Dalam Manifesto Pilihan Raya 2013, Kerajaan Barisan Nasional mengumumkanhasrat untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik (RMM) melalui pelbagai program perlaksanaan dalam tempoh (5) tahun. 

Sehingga kini KPKT, sedang, telah dan akan terus memastikan penyediaan rumah mampu milik (RMM) melalui pelbagai program ini berterusan. 

Sehingga kini 95,000 unit telah siap dibina, 42,857 unit berada dalam fasa pembinaan dan 249,468 unit dalam perancangan. Agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perumahan Negara, SPNB dan agensi Kerajaan Negeri turut sama memikul amanah rakyat untuk merealisasikan harapan ini. Setakat hari ini, Kerajaan telah menyiapkan 75,191 unit rumah untuk 300,000 rakyat.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO


No comments:

Post a Comment