Tuesday, September 01, 2015
Apa Cerita Di Selangor ... Bila Mat Sabu Dan Geng 'INTERFRAME'???
Negeri-negeri lain mungkin tidak begitu ada kesan.Namun tentu ramai kini
sedang teropong untuk intai apa gelombang yang mungkin timbul di
Selangor ekoran pengumuman Gerakan Harapan Baru (GHB) rasmi bergerak
sebagai parti politik mengunakan Parti Pekerja Malaysia (PPM).
Di Selangor kedudukan kerusi ialah 15 PAS,15 DAP,13 PKR,12 BN dan 1 Bebas.
Semua orang tahu DAP dan PKR sudah set untuk berpeluk erat dengan Mat
Sabu dan geng pimpinan PAS yang kalah dalam satu pakatan baru setelah
Pakatan Rakyat berkubur bila PAS-DAP 'bercerai' baru-baru ini.
Seperti diumum oleh Mat Sabu Isnin,PPM yang kini menjadi platform
sementara akan diubah nama jadi Parti Amanah Negara (PAN) dan semua
mereka yang menyertainya bukan lagi ahli PAS.
Maka dengan ini garis sempadan medan perang antara PAS dengan bekas pemimpin kalah yang kini bernaung dibawah GHB sudah jelas.
Tidak timbul lagi isu geng GHB main dua kolam yakni satu kaki dalam NGO itu dan satu lagi kaki dalam PAS.
Di atas kertas senario setakat ini nampak macam kerajaan Selangor
pimpinan Azmin Ali tidak tergugat dengan pengumuman geng GHB rasmi jadi
parti politik pakai PPM.
Ini kerana dari 15 Ahli Dewan Undangan PAS di negeri itu dua dari mereka
Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) diketahui umum
geng GHB.
Malah nama kedua-dua mereka tersenarai dalam Ahli Jawatankuasa pro-tem PPM.
Ketiadaan mereka berdua menjadikan kerusi DUN PAS Selangor cuma 13.
DAP 15 campur PKR 13 dan 2 PPM = 30.
Sebaliknya PAS 13 campur 12 BN dan 1 Bebas ( Tan Sri Khalid Ibrahim ) = 26.
Sekalipun boleh terus memerintah kerajaan Azmin jelas agak tempang hilang majoriti dua pertiga dengan hanya beza dua kerusi.
Apa yang menjadi tandatanya sekarang ialah kedudukan tiga Exco PAS dalam
kerajaan negeri Selangor sekarang.Mereka ialah Datuk Iskandar Abdul
Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Bila mereka akan kemas pejabat untuk angkat kaki.
Apakah PAS dan pakatan baru DAP-PKR dan PPM boleh teruskan kesepakatan
untuk kekalkan struktur pentabiran yang ada sekarang hingga pilihanraya
umum ke 14.
Ramai yang meraguinya melihat ' tembak menembak' sakan antara PAS dengan
geng GHB kebelakangan ini sekalipun dalam politik segala kemungkinan
boleh berlaku.
Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang secara terbuka minta Ahli
Parlimen dan ADUN PAS yang lompat yakni geng GHB agar kosongkan kerusi
masing-masing selari dengan Bai'ah mereka sebelum bertanding dulu.
Sebaliknya Mat Sabu dan gengnya pukul balik PAS kata mereka tidak akan kosongkan kerusi.
Bukan setakat itu malah mereka cabar Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang
kosongkan kerusi kerana dakwa kerusi mereka dimenangi atas platform
Pakatan Rakyat.
Lagipun jika kosongkan kerusi mereka akan terikat kepada peraturan
Suruhanjaya Pilihanraya tidak boleh bertanding pilihanraya untuk tempoh
lima tahun selepas itu.
Ini bermakna jika mereka kosongkan kerusi semua tidak boleh bertanding
dalam pilihanraya umum ke 14 yang wajib diadakan dalam tempoh tiga tahun
dari sekarang.
Tidak kurang menarik untuk diperhatikan ialah gerak langkah Azmin dicelah kemelut politik ini.
Mahu tidak mahu beliau tentu merasa terhutang budi pada PAS.
Ketegasan Haji Hadi yang menolak Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai
calon Menteri Besar yang disokong PKR dan DAP semasa krisis Langkah
Kajang dulu yang membolehkan Azmin tiba-tiba dinobatkan ke jawatan itu.
Senang cakap Azmin tidak akan merasa kerusi jika tidak kerana PAS.
Namun dalam politik mana ada kawan atau musuh yang kekal.
Maka Haji Hadi dan PAS tidak perlulah sangat mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment