Tuesday, September 01, 2015
Bersih 5 Akan Dibuat Dalam Masa Terdekat.. Kerana Najib Masih Perdana Menteri
Penganjur Bersih, Maria Chin dalam satu kenyataan kepada media
menegaskan akan terus melaksanakan demonstrasi jalanan bagi mendesak
Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Demonstrasi Bersih 4 juga disifatkan tidak berjaya kerana gagal
memberikan signal kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia supaya membuat usul
tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Menurut Maria, Bersih 5 juga akan diadakan dalam waktu terdekat bagi
meneruskan kesinambungan desakan terhadap kerajaan BN yang didakwanya
tidak bersih dan penuh dengan penyelewengan.
Menjawab pertanyaan sama ada Bersih bakal berdepan dengan tindakan oleh
Pihak Berkuasa, Maria menjelaskan bahawa mereka tidak gentar dengan
ugutan tersebut kerana mempunyai Pasukan Guaman yang hebat serta sangat
bersedia.
Bersih juga amat kukuh dari segi ekonomi kerana berjaya menerima derma
sebanyak RM 2.45juta dari pelbagai pihak yang mahukan perubahan didalam
negara.
Pada Bersih 4 yang lalu, Mahathir juga dilihat memberikan sokongan
dengan turut bersama-sama turun ke jalanraya untuk menggulingkan Perdana
Menteri Malaysia.
Walaupun Mahathir tak berani mengaku menyokong demonstrasi Haram Bersih,
seluruh rakyat Malaysia kini sudah menganggap Mahathir adalah
sebahagian dari agenda DAP untuk menggulingkan kerajaan melalui
demonstrasi haram.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment