Tuesday, September 01, 2015
Penganjur BERSIH4 Mula Disiasat Di Bukit Aman Esok, Rabu
Seperti kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berani buat berani tanggong.
Esok, Rabu bos besar penganjur Bersih 4,Maria Chin Abdullah dan enam
orang kuatnya diminta tampil di Bukit Aman untuk siasatan kes himpunan
haram selama 34 jam itu.
Seorang jurucakap penganjur perhimpunan itu kata polis telah hubungi mereka pagi ini agar tampil di Bukit Aman esok.
Mereka akan disiasat dibawah Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan
atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba
melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan
perhimpunan haram.
Dibawah Seskyen 124 C yang berkait aktiviti yang memudaratkan demokrasi
berparlimen seseorang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara
sehingga 15 tahun.
Selain Maria enam yang lain ialah Sarajun Hoda Abdul Hassan,Masjaliza
Hamzah, Farhana Abdul Halim,Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam
Adli Abdul Halim.
Polis tidak membuat sebarang tangkapan semasa perhimpunan haram yang bermula dari petang Sabtu hingga lewat Ahad malam.
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid
Hamidi berkata tindakan tegas mengikut semua perundangan yang ada akan
diambil keatas mereka.
Katanya tiada tangkapan semasa perhimpunan itu tidak bermaksud polis tidak akan ambil tindakan keatas mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment