Tuesday, September 01, 2015

Solat Untuk Jatuhkan Kerajaan Dipimpin Oleh Orang Islam....

Ada 3 buah masjid besar di kawasan demonstrasi haram ini.

1. Masjid Negara
2. Masjid Jamek KL
3. Masjid Dang Wangi.

Namun mereka memilih untuk solat di kaki lima.

Jika hendak dikatakan bahawa mereka solat di kaki lima kerana masyaqqah/kesusahan mereka yang berada dalam perhimpunan, mengapa pula mereka sanggup dan boleh bersusah payah, bersesak dan bergelut utk masuk ke kawasan perhimpunan haram itu? Bukankah adalah lebih mudah untuk keluar dari kawasan larangan dan masuk ke rumah Allah? Tiada polis yang akan menghalang langsung.

Sedangkan semasa saya 'terkepung' di dalam perhimpunan BERSIH 2.0, 3.0, malam ambang tahun baru, demonstrasi 1 Mei etc sebagai petugas perubatan pun saya masih boleh solat di Masjid Negara dan kembali ke pos kawalan saya.

Apakah kerana di masjid tidak ada coverage media dan kamera? Di kaki lima gambar-gambar sebegini boleh disensasikan?

Kaum yang muda-muda, kuat beribadat, kuat berdemo dan kuat memaki hamun pemerintah. Nabi dah cerita tentang kaum ini dah. Ciri-cirinya amat jelas.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment