Tuesday, September 01, 2015
UMNO Lucut Keahlian Anina... Baru Betul Tak Guna Simpan Orang Macam Ni
PETALING JAYA : Umno melucutkan keahlian Anina Saaduddin yang sebelum ini
bertindak memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Anina adalah ahli Pergerakan Wanita Umno cawangan Padang Matsirat, Langkawi di Kedah.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini
berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara ini kepada mStar Online
menerusi aplikasi WhatsApp, petang Selasa.
Pada hari sama, surat pelucutan keahlian Ainina menjadi viral di media
sosial, tetapi timbul kemusykilan terhadap kesahihan surat itu apabila
ia bertarikh 2 September 2015, lewat sehari daripada tarikh dia dipecat
iaitu pada 1 September.
Surat itu menunjukkan ia ditandatangani oleh Tengku Adnan dengan cop 'diterima' pada tarikh 1 September.
"Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian
Saudari dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa
serta-merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan
Saudari membawa perkara parti ke mahkamah," menurut surat tersebut.
Anina, mula menjadi perhatian apabila dengan lantang mengkritik Najib
yang juga Presiden Umno ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan Wanita
Umno Bahagian Langkawi baru-baru ini.
Kemudian, pada 28 Ogos, dia memfailkan saman di Pejabat Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut Najib menjelaskan secara
terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadi beliau.
Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata,
pergerakan itu akan mencadangan supaya keahlian Anina digugurkan ekoran
kenyataan kerasnya terhadap Najib.
“Kita akan rujuk (isu berkenaan) dan bawa ke mesyuarat exco. Terpulang
kepada jawatankuasa (untuk membuat keputusan),” katanya dalam sidang
media di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selepas mempengerusikan
mesyuarat pergerakan itu pada petang Selasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment