Monday, September 21, 2015
Walaupun PAS Enggan, Wan Azizah Mahu Semua Sertai Blok Pembangkang... Sudah Takut Dengan Kekalahan
Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat
baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan
pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru
itu.
PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat
Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah).
Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas
kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan
untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan
raya akan datang.
"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang
untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita
selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".
"Jika kita bersama, maka majoriti boleh menang," katanya.
Beliau juga berkata, pintu masih terbuka kepada PAS untuk menghadiri perbincangan itu.
"Kami sudah hulurkan jemputan dan ia masih terbuka, " katanya.
Sementara itu, dalam ucaptama ketika merasmikan forum itu, Dr Wan Azizah
berkata, hasil rundingan meja bulat itu ketika ini masih lagi
tergantung.
"Ia akan menjadi detik penentuan, sama ada pembangkang persekutuan akan
menjadi satu blok, satu gabungan atau hanya sebuah pembangkang yang
berpecah," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment