Monday, January 04, 2016
Doktor Luah Kecewa Dihina K*ling Ketika Mahu Bantu Pesakit... Ini Bukan Rakyat Malaysia Sikap Seperti Ini
Dalam satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda
berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan
berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas yang
telibat dalam kemalangan.
Menerusi perkongsian pada 30 Disember 2015 itu, Dr Shalini Paramaswaran
memberitahu beliau sedang memandu pulang apabila terlihat seorang pakcik
jatuh dari motosikal yang ditungganginya ketika cuba membuat U-turn.
Beliau bergegas untuk membantu dan mendapati kaki kanan warga emas
tersebut cedera dengan tulang tersembul. Mangsa turut didengar
memberitahu bahawa dia tidak dapat merasa apa-apa pada bahagian kakinya.
Dr Shalini kemudiannya memperkenalkan diri sebelum cuba membantu tetapi respon diterima amat mengejutkan.
“Aku tak nak *eling datang dekat aku ke, tolong aku.. banyak orang lain boleh tolong..” kata lelaki berkenaan.
‘Keling’ merupakan satu istilah yang menghina, merujuk kepada seseorang berasal dari India.
Orang ramai kemudian meminta Dr Shalini ke tepi dan meninggalkan lelaki tersebut.
Walaupun terkejut Dr Shalini segera memanggil ambulans. Apabila unit
perubatan tiba, beliau memberitahu paramedik kecederaan yang dialami
mangsa.
Selepas memastikan lelaki tersebut mendapat rawatan awal, Dr Shalini
bergerak meninggalkan tempat kejadian sebelum berpaling selepas
mendengar paramedik memanggil namanya dan bertanya jika beliau sudah
menyentuh mangsa kemalangan tersebut.
Selepas memberitahu TIDAK kerana mangsa enggan disentuh, pakcik itu
tiba-tiba berwajah manis memandang beliau lalu berkata, “Saya tak tahu
awak doktor.. doktor boleh sentuh”.
Mendengar ayat tersebut Dr Shalini tak tahu apa perlu dikatakan. Perasaannya digambarkan dengan ayat di bawah:
“Sebelum mengetahui saya seorang doktor, saya adalah seorang ‘Keling’
yang menjijikkan, tidak boleh sentuh dia. Tapi selepas tahu saya doktor,
baru diberikan senyuman dan kata-kata maaf..”
Ini antara contoh insiden menyedihkan melibatkan perbuatan rasis.
Namun Dr Shalini harus dipuji kerana meskipun perasaannya dicalar beliau
tetap menunaikan tanggung jawab sebagai doktor dan manusia.
Sikapnya itu dipuji ramai netizen yang pada masa sama, kesal dengan sikap pakcik berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment