Monday, January 04, 2016
Itu Pun Kata Kerajaan Tak Adil... Hanya Seorang Murid Daftar Tahun Satu Di SJKC - Kerajaan tetap Buka Sekolah
Seisi persekolahan 2016 telah bermula dengan suasana kesibukan ibubapa
mendaftar anak masing-masing. Agak memeranjatkan berlaku di Jerlun Kedah
hanya seorang murid yang mendaftarkan diri sebagai pelajar tahun 1 di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan.
Lau Chun Yih,7 tahun adalah murid tunggal tahun satu dari keseluruhan 13
murid sehingga Tahun Enam adalah antara sekolah yang diklafikasikan
oleh kerajaan sebagai Sekolah Kurang Murid.Seramai 9 orang guru bertugas
untuk di SKJC Chee Nan yang mana sejak 2013 sehingga tahun lepas
keputusan UPSR mencapai 100% kelulusan.
Cuma masih lagi kedengaran suara-suara sumbang golongan chauvanis dan
ultra kiasu yang menganggap betapa zalimnya kerajaaan Malaysia
menganaktirikan sekolah vernakular.
Sedangkan jika dilihat masyarakat Cina sendiri yang tidak mahu lagi
menghantar anak mereka di SJKC mungkin kerana mereka memilih untuk
menghantar ke sekolah swasta kerana memiliki kemampuan ekonomi bagi
bidang pendidikan anak mereka.
Jika dilihat dari sudut logik akal apakah keperluan Kementerian
Pendidikan untuk terus mengekalkan sekolah tersebut dengan hanya 9 guru
mengajar 13 orang murid.Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membenarkan
sekolah vernakular diberi bantuan oleh kerajaan.
Berpegang kepada Perlembagaan Negara yang memberikan pengitirafan kepada
masyarakat Cina di Malaysia mengamalkan budaya,agama mahupun sistem
pendidikan bukti jelas toleransi antara kaum yang diamalkan.
Tetapi amat menyedihkan isu pendidikan seolah vernacular dijadikan isu
politik golongan Ultra Kiasu dari DAP yang menghasut masyarakat Cina
membenci kerajaan melalui NGO yang berselindung disebalik golongan
pendidik Cina seperti Dong Jiau Zong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment