Monday, January 04, 2016
Rupanya Pondan Ditahan Larikan Sedulang Barang Kemas
MARANG : Polis menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36
jam selepas dipercayai melarikan sedulang barang kemas dari sebuah kedai
emas di Bukit Payong, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah
berkata, suspek berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11 malam
Ahad di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini.
Katanya, hasil pemeriksaan dalam rumah suspek, polis berjaya menemui
sebahagian barang kemas yang dicuri yang disorokkan di pelbagai tempat
dalam rumah itu termasuk dalam kasut dan beg.
"Hasil serbuan itu juga polis menemui resit menjual sebentuk cincin,
sehelai kemeja T berwarna merah jambu dan tudung yang dipakai suspek
ketika melarikan barangan kemas berkenaan," katanya kepada pemberita di
sini, Isnin.
Menurutnya, polis berjaya menemui dan merampas kembali sebahagian
barangan kemas yang dicuri dan yang telah dijual bernilai kira-kira
RM80,000.
Mengulas lanjut, Wan Abdul Aziz berkata, sebelum kejadian pada Sabtu
lalu, suspek dipercayai pernah mengunjungi kedai emas itu pada 30
Disember lepas untuk menjual sebentuk cincin di kedai tersebut.
"Rakaman CCTV pada 4.30 petang 30 Disember lalu menunjukkan premis itu
dikunjungi seorang pelanggan lelaki yang berperwatakan lembut dalam
keadaan mencurigakan," katanya.
Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mengaku berpakaian
wanita dan masuk ke premis berkenaan sebelum berhenti di sebuah stesen
minyak untuk membuka tudung.
Wan Aziz berkata, suspek yang juga merupakan orang sekatan
Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas kesalahan dadah sejak 2013
ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah
jenis morfin dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 380
Kanun Keseksaan," katanya.
Sabtu lalu seorang peniaga emas dekat sini kerugian kira-kira RM200,000
selepas satu dulang barangan kemas dilarikan seorang wanita ketika
beliau dan isterinya menunaikan solat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment