Monday, May 04, 2015
BN Tolak Provokasi, Tanggungjawab Utama Jaga Rakyat Dan Negara – Rahman
2 Mei 2015, Rompin : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan
berkata tidak ada gunanya bercakap soal GST, FGV dan sebagainya lagi
jika sesebuah negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan huru
hara.
Menurut beliau atas dasar itulah soal keselamatan dan keamanan perlu
dititikberatkan dan atas dasar itulah juga Barisan Nasional (BN) yang
menerajui negara hari ini adalah sebuah parti yang bertanggugjawab serta
mampu menjaga negara.
“Tak guna kita bercerita pasal FGV, tidak guna kita cerita pasa GST
dan sebagainya lagi jika negara kita huru hara, sebab itu dalam pilihan
raya ini kempen yang perlu kita beritahu berkaitan parti yang dapat
menjamin keselamatan rakyat. Pembangkang adalah sebaliknya. Mereka tidak
berani jamin keselamatan rakyat kerana mementingkan hak asasi individu.
“Sebab itu Akta Pencegahan Keganasan (POTA) mereka tentang
habis-habisan. Mereka tentang perubahan dalam Akta Hasutan. Kita nak
beri tahu kepada rakyat ‘track record’ sejak dulu kita telah mampu jaga
negara ini walaupu dunia bergolak tetapi di Malaysia aman damai. Kita
katakan kepada mereka bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab
kita, dan kita telah buktikannya,” katanya
Mengulas lanjut POTA beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar
dan Wilayah seterusnya menambah akta berkenaan cukup penting untuk
melengkapkan undang-undang yang ada di tangan Polis Diraja Malaysia.
“Itu sebabnya…saya dah tegaskan POTA ini amat penting. Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu ada, kemudiannya
kita nak buat POTA. SOSMA boleh digunakan bilamana ada bukti-bukti yang
kukuh, tetapi kalaulah rantaian bukti itu terputus contohnya seseorang
itu buat hal di Syria tetapi bila dia balik duduk diam-diam sedangkan
kita tahu dia di Syria adalah seorang pengebom.
“Tetapi kita tidak ada bukti di Malaysia maka kita boleh gunakan POTA
dan tidak boleh gunakan SOSMA kerana SOSMA mewajibkan ada bukti yang
nyata. POTA ini undang-undang yang kita nak pakai bilamana PDRM tidak
lagi mempunyai undang-undang yang bersesuaian maka kita gunakan POTA.
“Ini kerana POTA boleh memberikan hak ataupun kuasa kepada Polis
menangkap dahulu. Itu bezanya. Sebab itu POTA penting dan bukannya
digunakan setiap kali tetapi sebagai undang-undang yang kita beri kuasa
kepada polis.
“Itulah realitinya…BN sentiasa mengatakan hak dan kebebasan
masyarakat jauh lebih tinggi daripada hak dan kebebasan seseorang
individu dalam masayarakat dan mereka adalah sebaliknya,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment