Monday, May 11, 2015
Siapa Sebenarnya Yang Bijak Urus Ekonomi? Dan.. Siapa Pula Yang Habiskan Duit Rakyat?
EDITOR MENULIS....
11 MEI 2015
Baru-baru ini memang
ramai puak Pakatan Haram yang bertepuk tangan apabila mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir menasihati Kerajaan agar menggunakan mekanisme
mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi mengelak
tindakan menaikkan kos sara hidup kita.
Kemudian, ada pula “kutu” yang
menambah-nambah pula di belakang nasihat Tun M itu, kononnya mantan PM
itu “sekolahkan” Najib. Kononnya Tun M menyebelahi Pakatan Haram dalam
isu kenaikan kos sara hidup itu, Najib boros berbelanja dan meletakkan
kesan boros itu pada rakyat. Begitulah “otak” puak pembangkang di negara
kita…
Saya setuju dengan nasihat Tun M. Namun
saya lebih yakin bahawa Datuk Seri Najib tahu apa yang beliau lakukan
demi memastikan ekonomi negara lebih kukuh di bawah pentadbirannya.
Lagipun, Najib bukannya lulusan sastera macam “bekas Menteri Kewangan”
yang seorang itu, kan?
Dramatik, Najib hari ini mengumumkan
berita “pedih” untuk Pak-Pak Menteri kita. Gaji mereka dipotong 10%
mulai bulan depan! Bayangkan, sedang DUN Selangor menaikkan gaji mereka
sebanyak beratus-ratus peratus, tiba-tiba pula gaji Menteri-Menteri BN
dipotong-potong? Harap Pak Menteri kita semua tidak cepat melatah…
Selain itu, PM juga mengurangkan elaun
tol di antara RM50 hingga RM100 (sekitar 30%)dan elaun keraian bagi
pegawai-pegawai kanan JUSA C. Malah kerajaan juga bertindak men”down
grade”kan kelayakan para pegawai kerajaan JUSA C ke bawah yang kini
hanya layak terbang di kelas ekonomi sahaja.
Secara drastik pada 1 Januari ini,
kerajaan juga mengurangkan kos utiliti sebanyak 5% di semua Kementerian
(termasuk kementeriannya sendiri), jabatan, agensi dan premis kerajaan.
Bahkan kerajaan juga membekukan permohonan atau kelulusan bagi sebarang
ubah suai ruang pejabatnya.
Dalam kenyataan PM itu juga, dijangka
premis-premis kerajaan akan “packed” dan “sendat” kerana penggunaan
ruangnya akan dioptimumkan sehabis mungkin, manakala kerajaan juga
komited untuk mengurangkan sewaan premis.
Najib menegaskan bahawa penggunaan
“consultant” pun akan dikurangkan. Kalau digunakan khidmat mereka
sekalipun, ia akan disaring dengan lebih ketat terlebih dahulu.
“Door
gift” dan cenderahati di majlis-majlis pun akan dikurangkan tahun depan.
Sebenarnya banyak lagi kos kerajaan yang
akan dikurangkan ada tahun depan kalau dirujuk pada kenyataan PM
semalam. Bacalah sendiri di media konvensyenal. Nanti kalau ditulis di
sini, “muntah” pula puak-puak Pakatan Haram membacanya, kan?
Merujuk pada kenyataan Najib itu, saya benar-benar yakin beliau sangat serius dalam usahanya mengukuhkan lagi ekonomi negara.
Bukan saja pendapatan negara bakal
meningkat dengan menarik balik subsidi secara berperingkat dan mengutip
cukai dengan lebih berkesan dengan GST pada tahun 2015, malah Najib juga
begitu terperinci mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan
sebagaimana yang disarankan Tun M!
Najib bijak bila beliau tidak melatah
seperti Pak Lah bila Tun menasihati beliau. Namun beliau cepat
menjelaskan secara berhikmah pada nasihat “bapa” dan “mentor”nya itu.
Dalam ertikata lain, Najib bukan saja berjimat, malah bijak menjana
pendapatan negara…
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment