Tuesday, September 22, 2015
BARUA DAP....A.Samad Said Hina Seni Bangsa Melayu - Pesaka
KUALA LUMPUR : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dianggap
'menghina' orang Melayu, khususnya pengamal seni silat apabila mendakwa
seni pertahanan diri itu sebagai tidak lagi praktikal untuk zaman ini,
menurut Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata kenyataan
Samad bahawa silat hanyalah khazanah untuk dipertunjukkan dan bukan
untuk mempertahankan diri juga satu kenyataan yang kurang matang
daripada seorang sasterawan yang menjangkau usia 80 tahun.
"Apabila beliau membuat kenyataan begitu, ia menghina ribuan ahli yang
sedang belajar silat. Saya berani jamin, dalam (kebanyakan) keluarga
orang Melayu, pasti ada sekurang-kurangnya seorang ahli yang belajar
silat," katanya.
Bercakap pada sidang media di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di sini,
hari ini, Zulkarnain berkata walaupun ada senjata moden, ia tidak boleh
dibawa ke semua tempat untuk menjaga keselamatan diri.
"Silat adalah pakaian orang Melayu, apabila beliau (Samad) menghinanya,
secara tidak langsung membuka ruang untuk sekali lagi orang Melayu
terbangkit dan rasa tercabar," katanya, yang menambah ilmu silat bukan
dipelajari semata-mata untuk berlawan tetapi merupakan satu cabang
pembinaan karakter.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada program Himpunan Silat
Pesaka Merdeka Jumaat lepas mengisytiharkan silat sebagai seni
mempertahankan diri rasmi negara.
Samad, yang merupakan anggota DAP, dilaporkan berkata silat sudah
menjadi khazanah untuk dipertunjukkan dan tidak sesuai untuk
mempertahankan diri lagi pada satu forum Sabtu lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment