Tuesday, September 01, 2015
BERSIH4 Gagal !!!! Ternyata Cina DAP.......??
Tujuan bersih diadakan kali ini mirip kepada menjatuhkan Perdana Menteri
namun sejak berakhirnya Rally Bersih ternyata DS Najib Razak masih lagi
kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ramai peserta bersih kali ini
kecewa, Mereka mengharapkan terjadinya rusuhan serta kekangan dari pihak
berkuasa namun apa yang terjadi sebaliknya. Aman damai.
Anggaran ratus ribu penyertaan yang diwar-warkan oleh pembangkang
sebelum ini ternyata tak tercapai apabila ianya lebih kurang 35 ribu
peserta yang hadir di mana 90 peratus daripadanya merupakan kaum Cina
sekaligus membuktikan penduduk Malaysia terutamanya bangsa Melayu
menolak apa sahaja jenis ‘kekacauan’ yang cuba dicetuskan oleh pihak
pembangkang terutamanya dari parti DAP.
Kekurangan penglibatan peserta Melayu dalam himpunan kuning itu
disebabkan keengganan PAS untuk turut serta dalam penganjuran kali ini
kerana hubungan mereka dengan DAP yang diibaratkan seperti ‘berpatah
arang, berkerat rotan’.
Jumlah kehadiran kaum Melayu yang dilihat semakin terjejas pada
penganjuran kali ini jika dibandingkan dengan edisi terdahulu, Sebelum
ini memang kita tengok jelas bahawa PAS adalah antara mereka yang berada
di barisan hadapan, dengan kewujudan unit amal mereka dan sebagainya.
Kalau dulu, mereka selalu juga hantar wakil macam Dr Idris Ahmad, jadi
bila PAS tak ada, ahli PAS juga tak ada yang turut serta, maka bukan
Melayu yang ramai hadir.
PAS walaupun telah ada yang berpecah dan GHB (Gerakan Harapan Baru) ada
datang tapi tak ramai Melayu yang hadir. Jadi, Melayu dilihat berbelah
bagi untuk sokong Bersih.
Selain itu, perbuatan biadap sesetengah peserta demo turut mencerminkan
tahap pemikiran mereka yang sesuka hati mengutuk dan menghina Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor
dengan pelbagai poster dan banner yang keterlaluan.
Malah, ada yang berani memijak poster yang tertera wajah Najib. Tingkah
laku seperti ini ke kita hendak sajikan kepada masyarakat seluruh dunia,
memandangkan himpunan ini turut mendapat liputan daripada pihak media
antarabangsa.
Tepuk dada, tanya diri anda sendiri..
Yang paling kelakar dakwaan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang mengisytiharkan sambutan kemerdekaan tahun ini merupakan
hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.
Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat
melalui satu ‘perutusan’ turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran
ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap
rakyat.
Malangnya hingga ke hari ini, tiada apa-apa perubahan berlaku!
Memang angan-angan Mat Jenin itu terlalu tinggi, susah hendak dicapai
oleh mereka-mereka yang bercita-cita mahu menakluk negara dengan
menggunakan pendekatan ‘memperkudakan’ rakyat untuk kepentingan politik
masing-masing.
Jadi, dengan berakhirnya himpunan 34 jam itu, buat peserta pastinya
‘pengalaman’ yang diperolehi hanya penat dan lelah selain ‘mengotorkan’
pemandangan di sekitar Dataran Merdeka yang selama ini menjadi mercu
tanda kebebasan tanah air.
Mungkin selepas ini cukup-cukuplah diadakan demonstarsi jalanan haram
yang bukan sahaja menimbulkan huru-hara sebaliknya turut mencacatkan
nama baik negara di mata dunia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment