Tuesday, September 01, 2015
Dr Mahathir Beri Tauladan Tidak Baik
ALOR SETAR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar menghadiri perhimpunan Bersih 4.0, malam kelmarin.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
tindakan itu memberi tauladan yang tidak baik kepada masyarakat setelah
kerajaan menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang menyalahi
undang-undang.
“Tindakan Dr Mahathir sekalu bekas Presiden Umno menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 dilihat cukup mengecewakan masyarakat.
“Bagi saya, walau apa pun ketidakpuasan hati beliau terhadap kepimpinan
kerajaan hari ini, adalah tidak wajar mengambil keputusan sedemikian,”
katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tahap populariti Dr Mahathir dalam kalangan rakyat yang
dilihat sebagai negarawan ulung juga tidak memberikan kelebihan kepada
beliau untuk bertindak sebegitu.
“Dr Mahathir sepatutnya memikirkan kesan dan tindakan itu. Kita
menghormati beliau tetapi langkah menghadiri perhimpunan itu amat
menyedihkan.
“Bahkan ini menjadi tanda tanya ramai anggota masyarakat terutamanya penyokong Umno sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan keputusan Pas dan kepimpinan parti itu
yang tidak membenarkan penyokong dan ahlinya menyertai himpunan tersebut
adalah langkah terbaik.
“Saya melihat kehadiran Dr Mahathir ke himpunan itu memburukkan lagi
keadaan dan kestabilan negara. Secara ilmiah rasionalnya juga kita tidak
boleh menyokong langkah tersebut dalam hal seperti ini.
“Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Beliau sebagai negarawan tidak
wajar bertindak atau menyokong demonstrasi atas apa tujuan sekalipun,”
katanya.
Penganalisis politik itu turut berpandangan bahawa perjumpaan Dr
Mahathir bersama penyokong himpunan Bersih 4.0 tidak membawa sebarang
faedah kepada negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment