Tuesday, September 01, 2015
Hijjas Kasturi, Kaya Kamu Bukan Beri Hak Anak Kamu Kurang Ajar
Semalam,
media melaporkan, Bilqis Hijjas, anak arkitek Melayu terkemuka, Hijjas
Kasturi, bukan sahaja memilih untuk menyertai Bersih 4 tetapi juga
dengan sombong cuba memalukan Perdana Menteri di dalam suatu majlis
rasmi kerajaan.
Bilqis, 35, dikatakan menggugurkan belon berwarna kuning yang
tertulis “democracy”, “free media” and “justice” kepada Perdana Menteri
semasa upacara perasmian DiverseCity International Arts festival di
Pavilion Ahad lalu. Belon-belon ini dikatakan simbol perhimpunan haram
Bersih 4.
Hijjas Kasturi memperolehi kekayaan melalui projek-projek kerajaan
Barisan Nasional. Antara projek kerajaan yang diraih oleh Hijjas Kasturi
ialah rekaan bangunan Menara Maybank, Menara Tabung Haji, Menara
Telekom Malaysia, Putrajaya Convention Centre dan puluhan lagi menara
syarikat berkaitan kerajaan dimonopoli oleh beliau.
Tidak, kita tidak mahu membawa isu Bilqis dan keluarganya yang sudah
menjadi seperti orang Inggeris ini mengenang budi kerajaan BN dan UMNO.
Ini negara demokrasi sesiapa sahaja bebas menyokong apa-apa ideologi pun selagi tidak menyalahi undang-undang negara.
Namun untuk rakyat Malaysia mengganggu acara Perdana Menteri hanya
kerana mempunyai idea dan ideologi yang berbeza dengan pentadbiran
negara sangat biadap dan kurang ajar.
Mungkin dibesarkan oleh ibunya yang datang dari Australia, (kaum
imigran asal Australia adalah penjenayah dari Britain), Bilqis tidak
begitu memahami adab budaya Melayu dan Asia.
Namun dalam konsep demokrasi barat pun, mereka yang menganggu majlis
pemimpin negara kerana berbeza pendapat tidak diterima sebagai satu
budaya dan sebahagian demokrasi.
Apa akan jadi jika semua rakyat yang tidak berpuas hati dengan
Perdana Menteri bebas mengganggu majlis rasmi? Apa pula akan jadi jika
orang yang tidak bersetuju dengan rekaan bapannya bertindak mencemuh dan
mengganggu acara syarikat bapanya? Apakah ia boleh diterima?
Ini bukan lagi soal demokrasi, ini soal cuba memalukan Perdana
Menteri! Jika hari ini tiada tindakan undang-undang diambil, esok ramai
lagi akan mengikuti. Akhirnya negara ini akan menjadi anarki.
Sehingga kisah ini ditulis bapanya langsung tidak menegur tindakan biadap anaknya, apatah lagi memohon maaf.
Selebihnya, kita mahu lihat pemimpin GLC mana yang masih lagi berani lagi memberi sebarang kontrak kepada syarikat ini.
Kesabaran harus ada had! Banyak lagi arkitek berwibawa di negara ini bukannya Hijjas Kasturi semata-mata.
Anda mungkin kaya, tapi ia bukan memberi hak anda untuk memalukan Perdana Menteri dan kerajaan sesuka hati.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment