Penjelasan yang dikeluarkan dari Jabatan Penerangan Malaysia.
Tuesday, September 01, 2015
Jalur Gemilang Terbalik, Ada Pengguna Media Sosial Tidak Faham Cuba Tunjuk Pandai
Ada pengguna media sosial tanpa usul periksa
telah mendakwa sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin memalukan kerana
bendera Malaysia berada dalam kedudukan yang salah semasa diarak.
Namun menurut Jabatan Penerangan Malaysia mengenai susunan dan
kedudukan bendera Malaysia bahawa pengibaran Jalur Gemilang di perarakan
Sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah dibuat secara betul.
Istiadat dan protokol pengibaran bendera termaktub dalam Surat
Pekeliling Am Bil. 3, Jabatan Perdana Menteri Tahun 1994 bertarikh 13
April 1994.
Menurut Surat Pekeliling itu, arah pandangan pengibaran bendera
adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan
berkenaan.
Penetapan ini adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa
dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
Penjelasan yang dikeluarkan dari Jabatan Penerangan Malaysia.
Penjelasan yang dikeluarkan dari Jabatan Penerangan Malaysia.
Malah protokol ini turut dilihat digunapakai oleh syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment