Tuesday, September 22, 2015
Himpunan Merah: Riak Kecil Berkocak, Ombak Meninggi Menjadi Gelombang
Jangan hairan,
apabila idea Himpunan Merah dilontarkan, wujud suara-suara sinis yang
tidak meletakkan harapan akan kejayaan besar yang dicapai oleh
penganjur. Bukanlah bersifat negatif, namun kehambaran sambutan itulah
yang sering berlaku apabila himpunan atas nama Melayu dianjurkan,
kecuali yang dianjurkan oleh UMNO di dalam salah sebuah stadium di ibu
negara sedikit masa dahulu.
Tidak perlu kita perbesarkan tentang
kesinisan mereka, kerana ianya lahir dari pengalaman. Ia lebih jujur,
kerana menceritakan tentang kebimbangan sambutan berbanding satu lagi
golongan yang menghentam kromo idea dan perlaksanaan himpunan merah.
Jika tidak menyokong himpunan bangsanya sendiri yang mahu mengingatkan
akan hak seperti yang termaktub di dalam perlembagaan sekalipun, rasanya
tidak perlu untuk bersikap anti-baju merah sekaligus membunuh semangat
Melayu itu.
Orang Melayu sudah lama bersabar atas
provokasi-provokasi rekayasa pihak-pihak tertentu. Hatinya seperti
ditusuk sembilu, kesabaran dirobek sehingga ngilu, sehingga jiwanya
pilu. Hari demi hari, waktu berlalu, Melayu sedikit demi sedikit bangkit
dari lamunan, segar dari layu. , 16 September 2015 membuka lembaran
baru, untuk sama-sama kita kibarkan panji Merah untuk Melayu, dan juga
untuk rakyat bersatu.
Pedulikan tentang angka-angka yang
diperdebatkan, kerana hakikatnya Kuala Lumpur tersenyum melihat buminya
ditenggelami lautan Merah. Merah bersemangat, persis tahun 1946.
Bukan Melayu tidak perlu khuatir, kerana
kejayaan himpunan merah tempoh hari menjadi bukti, bahawa ia bukanlah
berlandaskan kebencian kepada kaum lain. Sebaliknya, himpunan merah
adalah berkisar tentang betapa sayangnya orang Melayu kepada agama,
bangsa dan negaranya.
Ketepikan segala perbezaan, pegang kepada
persamaan, akhirnya Himpunan Merah menyatukan cita-cita penyatuan. Dari
riak ia berkocak, kocakan kecil kelamaan menjadi ombak, tatkala ombak
mula meninggi, nantikan terjahan si gelombang.
Gendang terus dipalu, untuk mengingatkan
Melayu, tatkala semboyan berbunyi, segeralah berbakti. Kuala Lumpur
sudah merasai, pulau mutiara pula bakal menjadi saksi.
Demi Allah, Melayu tidak akan menyerah kalah!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment