Tuesday, September 22, 2015
Kenapa Tun Mahathir Tidak Menyaman WSJ ?
Salleh Bangkitkan Persoalan Ke Atas Tindakan Tun Dr Mahathir
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street
Journal(WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri itu membazirkan
sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.
“Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya,”
kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Menulis di dalam blognya sskeruak.blogspot.com, katanya RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini.
Salleh berkata dalam buku, “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in
Turbulent Times”, Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang
jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan
skandal kewangan.
Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah “bersih, cekap, amanah.”
Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an
merupakan “satu dekad untuk tingkah laku yang buruk” atau “satu dekad
yang buruk untuk tingkah laku yang baik”.
“Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan
kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu
benar?,” soal Salleh.
Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana
yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi
beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ.
Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka
Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan
ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.
“Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment