Tuesday, September 22, 2015
PKR Mahu Ulang Semula Pembohongan Besar 16 September 2008
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul
menyifatkan hasrat PKR untuk memancing 47 ahli parlimen Barisan Nasional
(BN) Sabah dan Sarawak merupakan ulangan semula pembohongan sepertimana
yang pernah dilakukan pembangkang pada 16 Sept 2008.
Menurut beliau, jika ada pun usaha sebegitu yang dilakukan oleh
pembangkang, maka jelas ia merupakan satu usaha yang tidak masuk akal
dan sia-sia.
“Saya tidak fikir bahawa ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan
berbuat begitu. Ini disebabkan PKR bukanlah satu parti yang kuat dan
hanya mendapat sokongan rakyat atas pendekatan politik persepsi dan
bukanlah di atas kemampuan mereka mentadbir.
“Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk menarik ahli parlimen
seramai itu kerana ianya sudah pasti melibatkan pelbagai perkara
termasuk wang ringgit. Jadi saya lihat kenyataan PKR ini tidak munasabah
dan ianya lebih kepada taktik politik yang sama pernah mereka lakukan
dulu.
“Dan sekiranya benar-benar ada usaha yang mereka buat untuk menarik ahli-ahli parlimen itu maka bagi saya, ianya
satu usaha yang sia-sia kerana mana mungkin ahli-ahli parlimen tidak
berfikir mana yang baik mana yang buruk, mana yang kukuh mana yang
rapuh, mana yang mampu dan mana yang tidak mampu,”ujarnya kepada pihak media di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, pembangkang mempunyai cita-cita yang besar namun
hakikatnya mereka tidak ada kesepakatan dan kekuatan yang asli selain
cuba mempengaruhi pemikiran rakyat dengan persepsi dan isu-isu
provokatif yang dilemparkan kepada masyarakat.
“Pembangkang tahu bahawa mereka tidak mampu untuk menawan hati rakyat
dengan kemampuan dan kebijaksanaan mereka mentadbir. Mereka tidak mampu
untuk menandingi kemampuan yang telah diperlihatkan dan dibuktikan oleh
BN selama memerintah negara ini.
“Sebab itu mereka tidak ada cara lain dengan cara menaburkan pelbagai
tuduhan buruk kepada kerajaan dan kepimpinan kerajaan untuk mewujudkan
persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan. Ini sajalah cara yang mereka
mampu dan mereka tidak akan berhenti selagi matlamat dan misi mereka
untuk memguasai pentadbiran di Putrajaya masih belum tercapai,”
tegasnya.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan
segala informasi yang disebarkan oleh pembangkang di dalam media sosial
kerana ianya belum tentu betul dan benar.
“Sekarang ini, melalui media sosial macam-macam maklumat boleh
tersebar. Tidak kira samada info itu benar atau tidak. Sebagai rakyat
yang bijak, kita kena siasat dulu semua maklumat yang kita terima dan
jangan sebarkan maklumat yang kita tidak pasti kebenarannya,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment