Tuesday, September 22, 2015

Komponen BN Tidak Harus Curiga Perhimpunan “Baju Merah”

KUALA LUMPUR : Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menjelaskan, perhimpunan tersebut merupakan manifestasi kekecewaan orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO terhadap pihak tertentu yang sengaja memainkan sentimen perkauman dalam usaha mereka meruntuhkan kerajaan demokrasi secara tidak sah.

Katanya, perhimpunan tersebut ingin memberi peringatan kepada pihak berkenaan bahawa orang Melayu masih boleh bersatu jika maruah dan masa depan mereka diperkecilkan.
Ah3SynqoXu2Te7Lz0w6BROKOadpt08dkzRYA4lVA6VqV
“Orang Melayu sudah lama bersabar dengan gelagat bukan Melayu di negara ini, jadi perhimpunan tersebut sewajarnya dilihat secara positif,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Oleh sebab itu tegas beliau, rakan-rakan komponen tidak perlu terburu-buru membuat andaian negatif kononnya perhimpunan tersebut berbau rasis.

Sebaliknya hujah beliau, UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip setiakawan dalam BN.

“Tidak timbul soal rasis atau memperjuangkan kepentingan Melayu kerana asas perjuangan UMNO adalah untuk Melayu, agama Islam dan negara ini” tegasnya.

Tambah beliau, selaku tonggak BN UMNO sentiasa menghormati hak bersuara rakan-rakan komponen BN.

Syed Ali bagaimanapun kecewa dengan sikap MCA kerana bersifat berat sebelah dan prejudis dalam membuat penilaian berhubung perhimpunan 16 September lalu.

“Mereka marah kepada pemimpin UMNO kerana perhimpunan tersebut tetapi mereka berdiam diri apabila ribuan kaum Cina menyertai perhimpunan BERSIH 4,” tegasnya.

“Mereka hanya nampak orang Melayu berhimpun kerana marah dan kecewa tetapi mereka pejam mata melihat kaum mereka menghina pemimpin UMNO.

Menurut beliau, komponen BN terutama MCA sepatutnya mendapatkan penjelasan berkaitan perhimpunan 16 September lalu menerusi saluran yang betul.

Katanya, BN sentiasa mengamalkan semangat setiakawan dan sebarang rasa tidak paus hati boleh disalurkan menerusi Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan semangat ahli-ahli parti perlu diperkukuhkan terutama di peringkat akar umbi.

Katanya, pengukuhan semangta dan jatidiri termasuk sayap-sayap parti harus dipertingkatkan sebagai persedian menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau menambah, sebarang pertelingkahan dan percangghan pendapat sesama ahli UMNO perlu dihindari dengan memberi keutamaan kepada agenda perjuangan parti.

“Pemimpin di atas juga perlu sentiasa berhemah dan menunjukkan sifat terpuji seperti tidak sombong, angkuh dan bersedia mendengar suara akar umbi,” tegasnya.

UMNO katanya lagi, bakal berdepan dengan saingan pembangkang yang cukup sengit dalam PRU akan datang.

Beliau menasihatkan ahli-ahli parti supaya tidak terpedaya dan terbuai dengan ‘kekecohan’ politik yang sedang melanda parti-parti pembangkang.

“Kita harus waspada kerana kadangkala pihak pembangkang hanya bersandiwara dan melakukan provokasi untuk melihat sejauhmana kekuatan UMNO,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment