Monday, September 21, 2015
Ini Jawapan Amelina Kenapa Tak Pakai Tudung Walaupun Sudah Tua
Penyanyi dangdut Amelina memberitahu keadaan ekonominya yang masih belum
 stabil membuatkan dia belum bersedia untuk tampil dengan imej 
bertudung.
Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 41, 
bagaimanapun meminta peminat dan pengikut laman sosialnya terus 
mendoakan agar dia melakukan perubahan untuk ke arah itu.
"Ramai yang komen dan bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi 
sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab.
"Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak
 perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum 
stabil lagi.
”Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu," ujarnya
 kepada pihak media, ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen 
#YUKDANGDUT di Red Box, The Garden, di sini, pada Isnin.
Amelina diminta mengulas tentang komen-komen pengikut laman sosialnya 
yang sering meninggalkan kritikan meminta dia untuk bertudung.
Dalam pada itu, Amelina tidak menafikan pada awal kemunculan semulanya 
tahun lalu, dia agak terkejut dengan perkembangan dunia sosial yang 
tidak terbatas.
Malah dia juga turut meminta nasihat daripada rakan-rakan artis untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
"Mula-mula saya terkejut dan marah apabila baca komen-komen di internet yang mengutuk tanpa memikirkan perasaan orang lain.
"Saya bertanya kepada Maya (penyanyi) dan kawan-kawan lain dan mereka 
ada nasihatkan saya untuk bersabar kerana media sekarang sudah berbeza.
"Mereka kata kalau media sosial ini ada pada zaman popular saya dahulu 
sudah tentu gosip saya yang dahulu-dahulu akan jadi topik dan 
kontroversi utama," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang keluarga dan anak-anak, Amelina berkata, 
enam anaknya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan media.
Dia juga lebih selesa anak-anaknya tidak terlibat dalam industri seni.
"Biar saya sahaja yang terlibat dalam dunia seni, saya tidak mahu mereka dikecam dan jadi topik perbualan di laman sosial.
"Saya pun tidak galakkan untuk mereka jadi penyanyi dan ceburi bidang seni," ujarnya.
Amelina berkahwin dengan ahli perniagaan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu, 
Puteri Nur’ Athirah, 24, Putera Al’ Affiq, 13, Putera Al’ Asyraff, 12, 
Puteri Nur’ Asyurah, 10, Putera Al’ Arffa, 8, dan Putera Al’ Amzar, 6. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment