Monday, September 21, 2015
Tahaluf Siyasi : Hadi Kata PKR Pengkhianat?
Kata Presiden PAS Hadi Awang seperti
disiar Malaysiakini, PAS tidak akan bertahaluf siyasi dengan
pengkhianat. Siapa yang Hadi rujuk sebagai pengkhianat, tak pulak dia
sebut, tapi dengan pilihan yang tak banyak di sekeliling PAS sekarang,
kita yakin ia ditujukan kepada PKR.
Baru-baru ini PKR menerima masuk 2 bekas
pemimpin PAS, masing-masing Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar dan
Muhammad Taib. Sementara kehilangan Mat Taib tidak begitu signifikan
kepada PAS, kehilangan Kamarudin memang ada terasa sikit.
Sekalipun dari awal memang dah tahu
Kamarudin ni hanya proksi Anwar dalam PAS tapi maklum sajalah dah
bersama PAS sejak 1999, terasa jugalah bila dia keluar kot. Lagipun,
kehilangan Kamarudin bermaksud satu lagi kerusi parlimen PAS hilang
kepada PKR.
Beberapa kerusi Parlimen PAS sebelum ini dah hilang kepada Parti Amanah Negara (PAN).
Jadi sahlah Hadi tuju PKR sebagai
pengkhianat. Tak tahulah kalau kawan yang terima orang yang berpaling
tadah dari kita itu dianggap sebagai mulia kan. Kalau PAS masih anggap
PKR kawan yang baik selepas penghijrahan itu, bukan bodoh lagi PAS ni
tapi atas dari itu lagi.
Ikut logiknya, PAS sepatutnya tarik
balik sokongan kepada kerajaan PKR di Selangor, semua pemimpin PAS dalam
petadbiran kerajaan negeri dari setingginya hingga serendahnya, perlu
letak jawatan.
Penarikan balik sokongan itu
bagaimanapun tidak akan menjejaskan kerajaan pembangkang di Selangor
kerana PAS baru-baru ini hilang 2 ADUNnya yang mengumumkan keluar PAS dan
masuk PAN yang mesra Pakatan.
Itu menyebabkan kerajaan Selangor hari
ini disokong oleh 15 ADUN DAP, 13 ADUN PKR dan 2 ADUN PAN.
Kekurangannya cuma, dari ada 2/3 sokongan dalam dewan, kerajaan
Selangor sudah hilang kelebihan itu.
Kalau PAS ikut logik yang disebutkan di ataslah...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment