Monday, September 21, 2015
BR1M Dipercepat Kerana Kerajaan Masih Berduit, Setuju?
Ada dua benda besar yang berlaku bila
kerajaan umum untuk bayar awal baki Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
bagi tahun 2015 ini bermula esok. Pertama ia adalah bukti kerajaan
melaksanakan janji (tidak dicapati) dan kedua, kerajaan ini masih lagi
berduit.
Tak macam orang kata, kononnya nak bankrap.
Balaci pembangkang harus renung balik
posisi anda bila BR1M ini dibayar. Boleh mula fikir mana nak letak muka
bila orang tanya nanti macam mana kerajaan boleh bayar BR1M sedangkan
dulu kau kata kerajaan dah takde duit akibat kejatuhan ringgit dan
sebagainya.
Jangan pulak alih cerita kepada tujuan
BR1M ini dibayar dan segalanya, itu dah basi, orang dah tak peduli. Yang
kita nak cakap ni kerajaan BN hari ini masih berduit, tak pernah ada
masalah duit pun sebenarnya, balaci saja yang percaya begitu sebab nak
tengok kerajaan ini jatuh kan?
Menariknya, banyak negara di dunia
sedang melaksanakan pemotongan perbelanjaan dan langkah-langkah
menaikkan cukai demi melindungi ekonomi mereka dari kemelesetan yang
berlaku. Kita boleh semak dan teliti melalui sedikit pengkajian dan penyelidikan bagaimana negara yang 7 kali lebih
kaya dari Malaysia pun potong perbelanjaan dan naikkan cukai, iaitu
Brazil.
China pula rendahkan nilai matawangnya
dengan sengaja untuk selamatkan ekonominya dan pastikan barangan
keluaran negara itu terus kompetitif di pasaran dunia dan sebagainya.
Malaysia, ia tidak memotong sebarang
perbelanjaan, mahupun menaikkan apa jenis cukai, tapi meneruskan
insenstif kewangan untuk rakyat seperti BR1M ini di sebalik persekitaran
ekonomi yang begitu mencabar.
Bukankah ini petunjuk bahawa negara kita
masih bertahan dan ekonomi masih diurus dengan baik?
Maka itu
sokonglah kerajaan, jangan percaya pembangkang. Budak Universiti yang
cerdik-cerdik tu khabarnya, hampir kesemua sokong kerajaan dah, termasuk
Universiti yang pro kerajaan tak pernah menang disitu.
Disamping itu, majoriti senyap penyokong
kerajaan kini dah tak takut untuk menunjukkan diri. Bila mereka keluar
beramai-ramai, jumlah itu jauh lebih banyak dari beberapa perhimpunan
yang Bersih anjurkan waima dicampurkan sekali.
Oleh yang demikian, jangan jadi segelintir bodoh yang tinggal dengan menyokong pembangkang lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment