Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada harga RM3.5 juta. Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.
Monday, September 21, 2015
Kes Dr Khir Toyo: Wajar Tubuh Tribunal Siasat Hakim Azhar Mohamed
Apabila Tan Sri Shafee Abdullah mendedahkan
bahawa terdapat fakta palsu dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan
ke atas rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, maka
ia merupakan satu detik hitam kepada sejarah perundangan negara.
Hakim sering kali dituduh membuat keputusan berat sebelah bergantung
kepada pihak mana mereka lebih suka atau senangi walaupun ia tidak
sedemikian. Namun tidak pernah kita berjumpa kes seorang hakim di
peringkat Mahkamah Rayuan menulis penghakiman dengan menambah fakta yang
tidak ada dalam perbicaraan.
Hakim Azhar Mohamed yang menulis penghakiman kes ini menyatakan
antara sebab Dr Mohamad Khir Toyo tidak boleh dipercayai kerana beliau
pernah memiliki saham syarikat Roniaga milik Shamsuddin Hayroni pada
1997.
Fakta ini tidak pernah ditimbulkan dalam perbicaraan di Mahkamah
Tinggi. Malah semakan dengan Pendaftar Syarikat juga tidak pernah wujud
nama Mohamad Khir Toyo dalam syarikat terbabit atau mana-mana syarikat
Shamsuddin.
Beberapa hari lalu juga tersebar dakwaan bahawa Hakim Azhar Mohamed mendapat kenaikan pangkat cepat ke Mahkamah
Persekutuan selepas kes mengikut kehendak Peguam Negara untuk
mengekalkan hukuman bersalah ke atas Dr. Khir.
Sama ada benar atau tidak, ia masih merupakan tuduhan yang perlu
disiasat. Namun jika kita ikuti kes ini dari awal, anda akan dapati
banyak tanda-tanya dan misteri mengapa kes ini dibawa ke mahkamah.
Namun Tribunal menyiasat Hakim Azhar tidak harus dibentuk hanya
kerana saya atau mana-mana peguam menyatakan kes ini mengarut atau
“bulshit”.
Tribunal harus ditubuhkan untuk melihat mengapa ada fakta palsu
dimasukkan dalam penghakiman Hakim Azhar. Ini dikukuhkan lagi dengan
terdapat dakwaan bahawa Hakim Azhar merupakan kawan baik kepada Tan Sri
Abdul Ghani Patail.
Ghani Patail pula semasa dalam riwayat hidupnya sebagai Peguam Negara
hanya dua kali tampil mempertahankan kes yang sedang dibicarakan di
mahkamah. Kedua-duanya membabitkan kes Khir Toyo. Apakah maknanya?
Tidak pernah Peguam Negara ini, yang pernah dituduh oleh Tun Mahathir
sebagai punca kehilangan Pulau Batu Putih, tampil mempertahankan
sesuatu kes dalam akhbar biarpun sistem kehakiman negara lebih teruk
diserang oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR dan DAP.
Semasa di Mahkamah Tinggi, Dr Khir hampir ditangkap kerana Hakim
Mahkamah Tinggi terus bangun sebaik menjatuhkan hukuman penjara setahun.
Inilah kali pertama dalam sejarah, Hakim tidak mahu mendengar
permohanan penangguhan hukuman untuk dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Hakim
hanya kembali ke tempat duduk dan mendengar permohonan menangguhkan
hukuman untuk proses rayuan setelah dijerit dengan kuat oleh Peguam
Kamarul Hisham.
Di Mahkamah Rayuan, Pendakwaraya berhujah menggunakan kes duluan
membabitkan perogol kanak-kanak untuk menghalang Dr Khir dijamin
sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. Apakah motif pejabat
Peguam Negara ketika itu?
Anda boleh membenci Dr Khir kerana fahaman politik mahu pun peribadi
beliau, namun adalah tidak masuk akal untuk menindas kebenaran hanya
semata-mata kita tidak bersetuju dengan tertuduh.
Sekarang juga tersebar khabar yang sangat mengejutkan bahawa Hakim
Azhar Mohamad telah memberi taklimat ringkas mengenai kes ini kepada
Yang Arif Hakim Jeffrey Tan, Yang Arif Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop,
Yang Arif Dato Hassan Bin Lah dan Yang Ariff Dato Ramly bin Haji Ali.
Mereka ini merupakan empat daripada lima hakim Mahkamah Persekutuan yang
mendengar kes Dr Khir Toyo.
Kita berharap khabar angin ini tidak benar dan sengaja disebarkan
untuk melaga-lagakan tertuduh dengan barisan Hakim yang bijaksana.
Namun sekali lagi nama Yang Arif Azhar Mohamed muncul. Rasanya
rentetan peristiwa dan perbuatan ini sudah mencukupi untuk Ketua Hakim
Negara menasihat Yang Di Pertuan Agong agar menubuhkan sebuah tribunal
bebas menyiasat sikap dan perilaku Hakim Azhar Mohamed.
Sama ada Dr Mohamad Khir akan kekal bersalah atau dibebaskan esok (22 September 2015) adalah satu perkara lain.
Namun kes ini menimbulkan syak wasangka besar kerana ia bukan sekadar
tuduhan atau gosip tetapi ada fakta jelas penambahan “bukti” yang boleh
menjejaskan keadilan. Justeru ia harus disiasat dan dibersihkan demi
imej keadilan.
NOTA:
Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada harga RM3.5 juta. Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.
Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang
terbengkalai dan mengikut penilaian dari penilai hartanah yang diiktiraf
dan pinjaman bank HSBC.
Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Mohd Khir dan mendapati beliau
bersalah lalu menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan arahan merampas
harta tersebut.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment