Monday, September 21, 2015

Usah Perlekehkan Silat Warisan Budaya Melayu

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Datuk Maideen Kadir Shah menegaskan bahawa silat adalah salah satu seni mempertahankan diri  berintelektual yang dapat menanamkan jati diri bangsa dalam melahirkan bangsa bermaruah, bermoral dan berlandaskan agama Islam.

Beliau berkata demikian bagi menepis kenyataan Datuk A Samad Said bahawa sekarang bukan lagi zaman silat dan juga anggapan masyarakat terhadap seni silat adalah satu ilmu yang mundur dan berunsur ganas.
Pesaka-Seni-Silat-Cekak-Mahaguru-Datuk-Maideen-Kadir-Shah-Cium-Keris
Kenyataan itu memberi satu tamparan hebat kepada pengamal silat umumnya dan Pesaka khususnya oleh kerana sudah lebih 50 tahun mereka berjuang untuk memelihara warisan budaya Melayu supaya tidak ditelan zaman.

Beliau yang juga Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia berkata, “maka kita bercakap jangan hanya menggunakan akal dan nafsu kita bercakap kena menggunakan mata, telinga dan akal“

“Ilmu kena ada tuan jangan bertuan kepada internet dan buku, ilmu kena ada benih dan kami adalah bangsa ilmu yang ada benih dan kami tidak takut, tidak gentar untuk mempertahankan budaya bangsa Melayu ini” ujarnya dalam sidang media berkaitan satu kenyataan yang dikeluarkan A Samad Said di Kompleks Mahaguru Omar Din, pada Isnin.

Dalam pada itu, seni silat juga turut diiktiraf sebagai satu seni mempertahankan diri rasmi negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah lebih 50 tahun penantian.

“Jadi saya berharap A Samad Said tidak lagi menyentuh perihal silat oleh kerana ianya melibatkan maruah bangsa Melayu dan apabila Melayu disentuh maka secara tidak langsung ia mencemarkan nama kita sebagai orang Islam” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment