Monday, September 21, 2015
PAS Giat Tangkis Persepsi Ia Parti Ulama Semata-Mata... Tak Gentar Dengan Parti AMANAH
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan
parti itu tidak gentar dengan 'kejayaan' Parti Amanah Negara (Amanah)
menarik lebih 30 ribu ahli setakat ini.
Ujarnya apa yang menjadi keutamaan PAS adalah meningkatkan gerak kerja
hingga ke akar umbi dan menangkis persepsi bahawa PAS hanya dipimpin
oleh golongan ulamak semata-mata.
"Bukan dengan kita menjawab (tohmahan Amanah). Kalau mereka dakwa nak
dapatkan sokongan ahli hingga 100,000 kemudian kita jawab pula dengan
'figure' lain. Kita lakukan gerak kerja, PAS di setiap peringkat kena
bergerak.
"Di Selangor berbeza pendekatan dengan tempat lain. Apabila Amanah atau
GHB memulakan gerak kerja, kita tidak turun dengan ceramah atau
kenyataan. Tetapi kita teruskan gerak kerja dan rakyat tahu siapa yang
lebih diterima dan siapa yang benar.
"Kini kita kena kembangkan program PAS dengan melibatkan golongan
profesional. Bukan sahaja program kuliah, tetapi kena ada wacana, forum
dan khidmat masyarakat yang memerlukan 'input' profesional," ujarnya
yang ditemui selepas menghadiri Wacana Golongan Profesional Dan Landskap
Politik Terkini di Hotel De Palma Ampang, semalam.
Amanah mendakwa mempunyai keahlian lebih 30,000 orang dan mahu mencapai
sasaran sehingga 100,000 keahlian sehingga penghujung tahun ini.
Penubuhannya ditaja oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditunjangi oleh
bekas pemimpin progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti Jun lalu.
Parti berkenaan dikritik beberapa pihak yang menuduhnya sebagai selepas mesra-DAP dan agenda perjuangannya mirip dengan PAS.
Perbalahan PAS-DAP serta kemunculan Amanah menyukarkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment