Monday, September 21, 2015
Jamal Lantik 10 Peguam... Saman Saja Yang Buat Fitnah Tu
KUALA LUMPUR : Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal
Md. Yunos yang juga merupakan salah seorang penggerak Himpunan Rakyat
Bersatu memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang memfitnah
dirinya serta keluarganya.
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar memberitahu, beliau
telah melantik seramai 10 peguam untuk memantau dan mengambil tindakan
undang-undang terhadap fitnah-fitnah yang dilakukan dalam media sosial.
“Saya tidak akan bertolak ansur terhadap pembuat fitnah dan penyebar
fitnah. Saya tidak rasa sedikit pun gentar kerana perjuangan saya adalah
menegakkan maruah dan memberi semangat terhadap orang Melayu dalam
menentang kerja-kerja pembangkang, terutamanya DAP yang melampau.
“Saya sudah pun melantik 10 peguam untuk mengumpul semua fitnah dalam
media sosial.
Dalam waktu terdekat ini saya akan membuat laporan polis
serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Himpunan Rakyat Bersatu yang merupakan petunjuk kepada kebersamaan orang
Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air telah berjaya
menghimpunkan lebih 200,000 orang di Kuala Lumpur pada 16 September
lalu.
Menurut Jamal, beliau yakin fitnah-fitnah tidak masuk akal yang
dilemparkan terhadap dirinya merupakan respon daripada beberapa pihak
yang tidak berpuas hati dengan kejayaan penganjuran Himpunan Rakyat
Bersatu.
“Perhimpunan ini membawa mesej yang sangat membimbangkan mereka dan oleh
kerana itu, mereka terpaksa menggunakan taktik kotor untuk memfitnah
saya dalam media sosial. Saya berharap orang ramai tidak terpedaya
dengan fitnah-fitnah berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, selain daripada menyaman individu-individu yang melakukan
fitnah, kumpulan peguamnya akan turut memohon kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat fitnah-fitnah
berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment