Monday, September 21, 2015

Jangan Bagi Muka Kepada ‘PENGKHIANAT’ !!! SYABAS Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara kerana ‘pengkhianatan’ yang dilakukan terhadap parti Islam itu.

Sambil menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, Abdul Hadi berkata pengkhianat parti adalah lebih teruk daripada musuh.

Pengkhianat: Pas tak jalin hubungan politik dengan Amanah

Katanya, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

Amat wajar pendirian tegas sebegini diambil oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, jangan beri muka langsung kepada ‘pengkhianat’.

Dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Naning, Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan British pada tahun 1831.

Namun, dalam peperangan pada tahun 1832, pasukan Melayu Naning tewas kepada British selepas pihak British terlebih dahulu membuat ‘persetiaan persahabatan’ dengan Rembau sebelum menyerang Naning dengan angkatan tentera yang lebih besar.

Inilah dosa pengkhianat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment