Monday, September 21, 2015
Najib Puji Kemenangan Besar Mahasiswa Prokerajaan
MUAR : Kemenangan besar mahasiswa prokerajaan dalam pilihan raya kampus
baru-baru ini membuktikan generasi baharu memahami perjuangan kerajaan
Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan mahasiswa
prokerajaan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus.
"Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong,
dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.
"Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita
dan cara kita," katanya ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO
Bahagian Muar di Jalan Meriam di sini, Ahad.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, dan Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata buat pertama kalinya dalam
sejarah, pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
yang selama ini dimonopoli mahasiswa propembangkang, juga dimenangi
mahasiswa prokerajaan.
"Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa
depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di
universiti juga kerana kita," kata Najib.
Pada pilihan raya kampus sesi 2015/2016, kumpulan Pro-Aspirasi iaitu
kumpulan mahasiswa prokerajaan telah mendominasi pilihan raya itu di
tujuh universiti awam pada pemilihan perwakilan pelajar baru-baru ini.
Pro-Aspirasi menang di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment