Monday, September 21, 2015
Khairuddin Dianggap Sebagai Pengkianat Negara
Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dianggap sangat licik kerana
menggunakan saluran lain iaitu saluran perundangan dari luar negara
untuk memberi tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang hal ini dianggap sebagai satu
pengkianatan kepada negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib
ketua Umno bahagian Batu Kawan itu menampakkan yang dia sebenarnya ada
niat untuk mencabar simtem perundangan Malaysia. Nampak sangat yang dia
nak tunjuk dekat dunia luar bahawa undang-undang kat Malaysia ni goyah
dan rapuh.
"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan
mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat
yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan,
adalah palsu," katanya
Khalid menjawab kenyataan itu sebagai membidas dakwaan Anggota Parlimen
Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, yang kononnya PDRM ni hanya diperalatkan
dan diperguna oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
mengaburi mata semua orang berhubung skandal 1MDB.
Khairuddin terlalu gopoh membuat laporan polis pasal kes tersebut,
padahal pihak polis masih lagi menjalankan siasatan. Dia juga tengah
plan untuk mengajak Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal
Malaysia.
"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran
perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika
Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas
Malaysia," katanya Khalid.
Khairuddin kini ditahan reman enam hari mulai Sabtu lalu di bawah
Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti
yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Dia ditahan Unit Siasatan
Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di
kediamannya di Mont Kiara pada hari Jumaat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment