Monday, September 21, 2015
Tujuan Sebenar Penubuhan Parti DAP Adalah Untuk Jatuhkan Orang Melayu??
Apa sebenarnya tujuan penubuhan Democratic Action Party (DAP) ni ek??
Untuk memperjuangkan hak-hak rakyat atau pun hanya untuk menuntut hak
sama rata untuk kaum dorang je?? Atau pun tujuan dorang tubuhkan hanya
untuk memecah belahkan orang Melayu kat Malaysia ni dan sebarkan
pengaruh buruk kat orang Melayu.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin
Abd. Rahman berkata pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu
meneliti dan mengkaji semula apa sebenarnya motif dorang tubuhankan
parti DAP, mana la tahu ada udang di sebalik batu ke kan.
Sebab DAP ni makin lama diperhatikan nampak yang dorang ni sudah
menyimpang dari tujuan asal sebagai parti politik yang memperjuangkan
hak rakyat. Makin hari makin biadap mempersoalkan keupayaan pemimpin
Islam dan kerajaan. Dan yang paling membimbangkan, bila dorang cuba-cuba
tanam sifat dengki dan benci antara kaum di negara ini.
“Kalau boleh, kita haramkan DAP, mereka sangat melampau terutamanya
selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Oleh sebab itu, saya berharap ROS
akan membuat siasatan terhadap DAP,’’ katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga turut
memberi amaran kepada mana-mana parti, mana-mana kumpulan atau individu
dari dalam mahupun luar negara supaya kuburkan jela niat korang untuk
memecahbelahkan orang Melayu.
Menurut Ezaruddin lagi, kita sebagai orang Melayu sepatutnya jangan bagi
muka dekat bangsa yang ingin menjatuhkan bangsa Melayu. Halang mereka
yang ingin meruntuhkan perpaduan antara kaum di negara ini kerana kita
tidak mahu negara kita ada permusuhan antara kaum seperti di negara
lain.
Tambah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwan¬ddin Hamzah pula,
mana-mana parti politik seharusnya tidak memainkan dan mengaitkan isu
bangsa dan agama semata-mata untuk mainan politik murahan dorang kerana
ianya pasti akan memberi kesan kepada masyarakat.
“Perpecahan yang berlaku akan menjejaskan sektor ekonomi dan perniagaan
mereka yang tidak terlibat. Sebagai contoh, orang Me¬layu mungkin tidak
akan mengadakan kerjasama perniagaan dengan kaum Cina walaupun bukan
semua kaum itu terlibat dalam menghina agama Islam dan Melayu.
“Selain itu, saya berharap agar kerajaan dapat memberi keuta¬maan dan
bantuan kepada orang Melayu, khususnya dalam dasar ekonomi negara.
Penglibatan anak muda Melayu dalam semua sektor negara juga harus
diperluaskan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment