Tuesday, September 01, 2015

Mahathir Khianat Orang Melayu Bila "Berpeluk" Dengan Cina DAP

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan penyertaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan Bersih 4.0 sebagai mengkhianati orang Melayu.

Bung berkata, Mahathir telah mengkhianati orang Melayu apabila beliau sanggup untuk bersama DAP dalam perhimpunan Bersih, walaupun Mahathir sendiri tahu himpunan itu diadakan oleh DAP yang mahu merampas kuasa orang Melayu di negara ini.

Katanya, demi kepentingan politik peribadi Mahathir sanggup bersekongkol dengan cina DAP, walhal DAP hanya menggunakan Mahathir sebagai alat untuk mereka menjatuhkan pemimpin Melayu.

Jelas Bung, penganjuran Bersih merupakan agenda perkauman yang sengaja dilakukan DAP.

"Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dahulu.

"Kita lihat bagaimana kehadiran Bersih 4.0, seolah-olah agenda DAP dengan perkauman Cinanya.

"Pada saya penyertaan Tun Mahathir dalam Bersih, pada waktu dan tempat yang salah," kata Bung Mokhtar.

Bung berkata, oleh kerana Bersih mengadakan himpunan yang mempunyai agenda perkauman orang Cina DAP, kelak akan wujudnya perhimpunan orang  Melayu sebagai usaha membalas dendam terhadap tindakan DAP.

Tambahnya, jika himpunan orang Melayu ini diadakan, beliau berharap tidak akan adak pihak yang cuba menuding jari menyalah Umno mahupun parti Melayu yang lain.

"Saya pecaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP. Kalau ini berlaku jangan salahkan Umno dan Melayu pula," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment