Tuesday, September 01, 2015
Mahathir Patut Dipecat Dari UMNO Kerana Memfitnah!
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob
menyifatkan tuduhan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
mengatakan Datuk Seri Najib Razak memberi rasuah kepada Ahli Parlimen
dan Ketua Bahagian Umno sebagai tidak berasas dan melampaui batas.
Ismail berkata, tuduhan liar Mahathir itu sama sekali tidak
bertanggungjawab dan perlu dipandang serius kerana boleh menjejaskan
reputasi parti dan perdana menteri selaku presiden parti.
Jelas Sabri, tuduhan Mahathir yang mempunyai agenda politik peribadi itu
akan membuatkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap
pemimpin-pemimpin Umno sekaligus kurang sokongan rakyat terhadap parti
Melayu itu.
"Saya cukup kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang sebelum ini
menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi rasuah
kepada Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Umno untuk mendapat sokongan.
"Tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Umno amat serius dan tidak bertanggungjawab.
"Ia bukan sahaja tidak benar malah boleh menjejaskan persepsi masyarakat
terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpin Umno dan disifatkan sebagai
penghinaan kepada ahli parti Umno yang lain," kata Ismail Sabri menerusi
laman Facebook miliknya.
Dalam masa sama, Ismail turut menasihati bekas perdana menteri itu agar
menunjukkan keperibadian beliau sebagai seorang yang pernah menjadi
pemimpin nombor satu di negara dengan tidak mengeluarkan tuduhan yang
tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan juga ahli parti.
Ismail berkata, walaupun Mahathir mempunyai agenda mendesak Najib untuk
berundur, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bakal
menghancurkan parti Melayu sendiri.
"Sebagai bekas pemimpin parti tunjang negara Tun Dr Mahathir seharusnya
menunjukkan sifat yakin terhadap parti dan bukannya memberi komen yang
tidak berasas," katanya.
Mahathir sebelum ini menuduh Najib memberi rasuah kepada Ahli Parlimen
dan Ketua Umno Bahagian untuk menyatakan sokongan terhadap perdana
menteri itu.
Walhal, seperti yang umum tahu setiap kali pilihan raya umum diadakan,
seorang ketua parti akan memberi dana kepada mereka ini untuk melakukan
kempen bagi memenangi calon masing-masing.
Tetapi, demi kepentingan peribadi legasi Mahathir, Mahathir telah
memfitnah perdana menteri dengan mengatakan ia sebagai rasuah untuk
menyatakan sokongan. Perkara ini amat mengecewakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment