Tuesday, September 01, 2015
Cina DAP #Bersih4 Pengotor!! Kencing Macam Anjing Di Dinding Bangunan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Bersih 4.0 tidak bersih kerana dicemari
dengan air kencing peserta himpunan terbabit.
Rahman Dahlan berkata, peserta himpunan Bersih telah mengotori keindahan
ibu kota dengan kencing di merata-rata tempat seperti di pokok-pokok
bunga, belakang bangunan, bawah tangga, dalam parit dan mural yang
terdapat di dinding bangunan.
Oleh kerana telah mengotorkan ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lalu, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyerahkan satu bil bagi menanggung
membaiki kerosakan dan kerja-kerja pembersihan sepanjang dua hari
perhimpunan itu diadakan kepada Bersih.
Menurut Rahman Dahlan, bil yang dikenakan terhadap Bersih berjumlah
lebih kurang RM65,000 untuk satu kawasan di Kuala Lumpur dan dikawasan
lain yang diadakan himpunan itu masih dalam pengiraan.
"Saya serahkan kepada DBKL untuk berikan bil kepada mereka untuk kencing
merata-rata tempat, pokok-pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga,
dalam parit, semua ini akan kita bilkan kepada Bersih.
"Jumlah kos tambahan untuk membersihkan kawasan yang digunakan untuk
membersihkan kawasan yang digunakan Bersih. Kosnya lebih kurang RM65,000
untuk Kuala Lumpur sahaja," kata Ahli Parlimen Kota Belud itu.
Rahman Dahlan berkata, beliau berharap pihak penganjur Bersih dapat melangsaikan segera bil yang dikenakan DBKL terhadap mereka.
Tambahnya, jangan pula dana yang diperolehi Bersih 4.0 digunakan
sehingga habis sehingga tidak mampu untuk membayar bil kos pembersihan
yang telah dikenakan oleh pihak DBKL.
"Saya minta Maria jangan belanja dulu RM1 juta lebih dana yang
diperolehi Bersih 4.0. Tolong jangan belanja habis. Saya fikir nak
hantar satu bil kepada Bersih," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment