Tuesday, September 01, 2015
Memang Terdesak Sangat.... Tun M Akui Hadir BERSIH4 Jalan Terakhir Desak Najib Berundur
Senang saja kalau tidak suka pada seseorang itu Pecattttt....amalan apa
begini caranya.Selepas ini siapa plak yang dipercayainya....bila tidak
suka...tukar lagi.? Sanggup menyertai BERSIH bersama sama dengan DAP yang
memang tidak suka pada Kerajaan Melayu..Rosaknya ada orang seperti
ini..tak pernah dibuat oleh bekas pemimpin lain negara.Akhir sekali kita
tengok lah KELUAR UMNO...percaya lah.Itu result yang terakhirnya.
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemunculannya dua kali
pada perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu adalah jalan terakhir untuk
menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terpaksa bertindak demikian
kerana kaedah untuk menukar Perdana Menteri mengikut undang-undang dan
Perlembagaan Negara sudah 'ditutup' oleh Najib.
"Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya
Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan
negara daripada perasuah.
"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih
yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah," katanya menerusi laman
blognya, chedet.cc pada Selasa.
Beliau mendakwa Najib turut menyekat usaha pasukan petugas khas yang
dibentuk untuk menyiasat wang sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke
akaun peribadinya.
"Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan pendakwa raya
akan ambil tindakan serta menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.
“Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.
“Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaunnya sudah tidak lagi ada,” katanya.
Dr Mahathir turut mempertikaikan tindakan Najib dan beberapa pemimpin
lain yang mendakwa dana sebanyak RM2.6 bilion itu adalah derma.
"Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang
diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini
tidak boleh diterima akal," katanya.
Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan bagi menjawab segala pertanyaan yang
timbul mengenai tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih pada 29 dan
30 Ogos lalu.
"Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai
yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih.
"Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina," katanya.
Dr Mahathir turut mengakui beliau tidak setuju dengan tunjuk perasaan
sebelum ini kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan untuk
memberi tekanan kepada kerajaan apabila berlaku penyalahgunaan kuasa.
"Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk
tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan
kecil dan ekonomi Negara.
"Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang
boleh digunakan untuk menekan kerajaan apabila menyalahguna kuasa,"
katanya.
Pada masa sama, beliau turut merayu kepada wakil rakyat Umno dan Barisan
Nasional (BN) supaya menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
"BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," katanya.
Menurut Dr Mahathir, selagi Najib tidak disingkirkan keadaan ekonomi negara akan terus merosot.
Nilai ringgit dan saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST,
hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah
serta berbilion duit rakyat disalahgunakan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment