Tuesday, September 01, 2015
Tak Padan Denda Itu.... Penganjur Bersih Bakal Terima Bil Pembersihan RM65,000
SERDANG : Penganjur Bersih 4 bakal berdepan tamparan hebat apabila
menerima bil pembersihan sebanyak RM65,000 pada minggu ini, kata Datuk
Abdul Rahman Dahlan.
"Saya menggesa Maria Chin (Abdullah) untuk tidak membelanjakan kesemua
RM1.5 juta yang mereka kutip untuk perhimpunan tersebut," katanya pada
majlis pelancaran program pengasingan sisa pepejal di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia di sini, Selasa.
Beliau berkata bil tersebut bagaimanapun tidak termasuk tuntutan bagi
kerosakan harta benda dibawah selian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).
"Kami akan serahkan kepada DBKL untuk menghantar bil tersebut kepada Bersih," katanya.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan berkata beliau bersyukur kerana tiada sebarang insiden
keganasan berlaku semasa perhimpunan tersebut.
"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan Timbalan Perdana
Menteri kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment