Tuesday, September 01, 2015
Suhaizan Letak Jawatan... BARUA DAP Sanggup Letak Jawatan
PETALING JAYA : Kurang 24 jam selepas 10 wakil rakyat PAS bertindak
meninggalkan parti tersebut, kini bekas Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat
pula mengumumkan peletakan jawatan dalam parti Islam itu.
Suhaizan berkata, peletakan jawatan Yang Dipertua PAS Pulai itu dibuat
kerana beliau sudah menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya
Amanah Negara.
Turut bersama mengumumkan peletakan jawatan dalam PAS adalah Ketua
Pemuda PAS Pulai, Mohd Syafiq Abdul Aziz dan Ketua Muslimatnya, Fatimah
Mohd Ali.
"Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya
Amanah Negara yang telah diumumkan oleh Pengerusinya, Mohammad Sabu di
Kuala Lumpur pada Isnin.
"Kami berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh
ahli-ahli PAS Pulai selama ini. Perbezaan pendekatan untuk meletakan
agama, bangsa dan negara ditempatnya tidak boleh memisahkan ikatan
persaudaraan yang telah lama terbina. Marilah sama-sama kita uruskan
perbezaan ini dengan hikmah bijaksana," katanya dalam satu kenyataan
media pada Selasa.
Pada Isnin, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang juga
bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama
rasmi wadah politik Harapan Baharu (HB).
Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula
parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai
Amanah.
Jelas beliau, butiran mengenainya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.
Sementara itu, Suhaizan berkata, tumpuan Amanah selepas ini adalah untuk
terus memperkukuhkan parti dengan memfokuskan isu rakyat bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama dengan Pakatan
Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan selepas ini.
"Program-program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan. Kami
berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu Malaysia,"
katanya.
Terdahulu, 10 wakil rakyat yang gugur keahlian PAS secara automatik
ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti
Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad
(Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar
Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk
Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang)
dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment