Tuesday, September 01, 2015
Nazri Perli BERSIH..... Terima Kasih Bersih Kerana Tonjol Demokrasi Sihat Malaysia
KUALA LUMPUR : Perhimpunan Bersih 4 telah menunjukkan kepada dunia bahawa
Malaysia mengamalkan demokrasi yang sihat, kata Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada penganjur perhimpunan itu, beliau berkata, kini seluruh dunia mengenali Malaysia.
"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.
"Ia ditayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu, jadi saya
mengucapkan terima kasih pada Bersih kerana mereka iklankan demokrasi
sihat di Malaysia," katanya pada sidang media di ibu negara, Selasa.
Malahan, secara sinis, Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyarankan
perhimpunan yang mendapat liputan media antarabangsa itu diadakan setiap
tahun.
Ditanya mengenai penampilan Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan
itu, Nazri berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya melaksanakan hak
demokrasi beliau.
"Beliau telah berubah. Sebelum ini beliau demonstrasi buka budaya kita
tetapi sekarang beliau sudah tua, baru disedari ia adalah satu budaya
baru dan mahu menyertainya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment