Tuesday, September 01, 2015
RM2.6 Billion Bukan Wang Rakyat, RM30 Billion Pasti Wang Rakyat
EDITOR MENULIS...
1 SEPTEMBER 2015
Sentimen selalunya
mengaburi keupayaan kita untuk berfikir secara rasional. Maka,
kadang-kadang saya hanya mampu tersenyum melihat karenah rakyat
Malaysia mempertahankan hujah-hujah di laman media sosial dalam isu-isu
tertentu.
Darul Ehsan Investment Group, syarikat
“bernilai” RM2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali telah mengundang keresahan
di kalangan rakyat Selangor, kerana mempunyai potensi yang besar
terdedah kepada penyelewengan dan salah urus tadbir yang akhirnya
dikhuatiri mengalirkan sejumlah RM30 billion kekayaan negeri ke
“tangan-tangan ghaib”.
Di mana kedudukan DEIG, adakah bernaung
di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI), atau berlegar di singgahsana
di atas MBI serta dianugerahkan kuasa mutlak untuk berbuat sesuka hati,
seolah-olah RM30 billion itu harta mak bapak mereka yang punya.
Dalam cubaan untuk menghalalkan
perancangan DEIG, saya mendapati antara hujah-hujah yang diberikan
ialah “bagaimana dengan RM2.6 billion?”. Solusinya mudah, RM2.6 billion
adalah wang derma yang diterima dan tidak melibatkan wang rakyat. Malah,
ianya disalurkan kepada rakyat (jentera parti).
Sebaliknya, RM30 billion yang dirancang
untuk diuruskan dengan penubuhan DEIG adalah harta rakyat Selangor yang
selama ini diperolehi melalui anak-anak syarikat seperti PKNS, Peransang
dan lain-lain lagi sebelum ditadbir dibawah MBI yang terikat dengan
Enakmen Menteri Besar Selangor; tidak seperti DEIG yang terikat dengan
“ikut suka hati”.
Hujah ini bukan sahaja digunapakai oleh
pro Azmin, tetapi juga di kalangan orang UMNO sendiri. Amat malang untuk
UMNO, apabila ahlinya sendiri gagal memahami dasar sesuatu isu. Samada
tidak faham atau sengaja tidak mahu faham, anda tepuk dada, tanyalah
selera.
RM2.6 billion bukan wang rakyat, sementara RM30 billion adalah mutlak milik rakyat Selangor.
Sehingga artikel ini ditulis, Azmin Ali
masih dilanda sindrom bisu. Entah apa yang sedang difikirnya, mungkin
sedang menyediakan plan komprehensif untuk menjawab segala persoalan
yang dilontarkan berhubung isu DEIG.
Jangan hendaknya ada pula Plan B untuk terus menguasai RM30 billion tersebut, setelah Plan A (DEIG) disedari oleh umum.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment