Monday, September 21, 2015
Salahuddin Ayub Kata Tanpa PAS Lebih Senang Bentuk Pakatan Baru
Wajah sebenar bekas pemimpin PAS yang dulu siang malam puja PAS...macam
hanya parti dia saja paling Islam di seluruh dunia, kini selepas keluar
PAS, jangan kata puji, orang lain nak dekat pun dia halang.
Itulah kisah bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang kalah
bertanding jawatan dalam parti itu Jun lalu dan kini dengan Mat Sabu
tubuh parti baru.
Beliau yang dilantik timbalan Mat Sabu berkata, Parti Amanah Negara
(PAN) menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP dan
parti itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah
pakatan baharu.
Menurutnya PAN, PKR, DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
propembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu
tanpa PAS.
“PAN mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan
tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi
membawa perubahan politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Salahuddin mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang menegaskan kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR.
Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan PAS akan
bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi PAN dan
DAP.
Menurut Salahuddin, PAN telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk
bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah
menubuhkan muafakat politik baharu.
Beliau dalam pada itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri
pendirian PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baharu
parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment