Monday, September 21, 2015
Muka Tidak Tahu Maluuuu.... PKR Tetap Desak PAS Bersama PR 2.0
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap terbuka serta mahukan semua pihak,
termasuk PAS dalam blok pembangkang baharu yang akan dibentuk.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, walaupun PAS
menolak pelawaan menyertai perbincangan meja bulat oleh PKR, namun pintu
masih terbuka untuk PAS.
"Saya sebagai ketua pembangkang telah membuka jemputan dan itu jawapan mereka, tapi jemputan masih terbuka.
"Saya mengadakan meja bulat ini supaya kita sama-sama dapat mencari jalan masa depan negara.
"Itu sahaja, kalau dia (PAS) tidak mahu datang, itu adalah pilihan dia
(PAS)," kata Wan Azizah selepas melancarkan Forum 'Gabungan Kerajaan dan
Gabungan Pembangunan di Malaysia' di ibu negara, hari ini.
Sebelum ini, PAS dilaporkan tidak akan menyertai perbincangan meja bulat yang dianjur PKR kerana masih belum bersedia
Menurut Azizah, parti pembangkang baru memerlukan sokongan PAS untuk memenangi pilihan raya umum.
Mengulas tahap keyakinan PKR terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) yang
terdiri daripada bekas pemimpin PAS, Azizah menekankan keperluan
sokongan dari pelbagai pihak untuk memenangi pilihan raya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment