Monday, September 21, 2015
Siapa Yang Gila Di Pulau Pinang?? Guan Eng Atau Anjing??
Wabak penyakit anjing gila yang kian menular di negeri Pulau Pinang
telah menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat
keputusan membabi buta untuk membunuh anjing-anjing terbiar di negeri
itu dalam usaha menyekat penyakit itu dari terus merebak.
Adakah dengan membunuh anjing-anjing terbiar di negeri itu merupakan
jalan terbaik bagi menyekat penularan penyakit anjing gila ini?? Siapa
yang gila sebenarnya, Guan Eng atau anjing??
Bukankah penyakit anjing gila ini sudah mempunyai vaksin yang dapat
menyembuhkan?? Jelas sekali tindakan membunuh anjing-anjing terbiar ini
merupakan kerja gila Guan Eng.
Walaupun anjing ini hanya merupakan seekor binatang, mereka juga perlu
diselamatkan walaupun mereka dalam keadaan berpenyakit dan bukannya
dibunuh jika berpenyakit.
Jika sesuatu wabak penyakit sedang melanda diri Guan Eng mahu pun ahli
keluarganya, adakah Guan Eng mahu sahaja mereka ini dibunuh bagi
mengelak penyakit tersebut berjangkit kepada orang lain walaupun
terdapat cara lain untuk mengubatinya??
Sudah pasti beliau tidak mahu ahli keluarganya dan dirinya dibunuh
apabila menghidap satu wabak penyakit. Jika beliau meminta untuk dibunuh
jua bagi mengelak dari berjangkit mungkin beliau sendiri menghidap
penyakit gila.
Tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan Guan Eng yang mahu
membunuh anjing-anjing ini semakin mendapat bantahan dari rakyat
P.Pinang serta gabungan NGO haiwan.
Menurut anggota jawatankuasa gabungan NGO 'Stop Killing, Start
Vaccinating', Joel Gurpit Singh berta, Guan Eng tidak mengamalkan dasar
telus ketika menangani wabak penyakit anjing gila dan NGO tidak
dirundingi sebelum kerajaan negeri memutuskan untuk membunuh
anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak.
Singh menegaskan, kerajaan negeri perlu menyuntik vaksin kepada
anjing-anjing ini bagi menangani wabak anjing gila, bukannya dengan cara
membunuh anjing tersebut.
"Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntuk
vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang," kata Singh.
Oleh itu, Guan Eng disarankan bersikap menyayangi binatang dan bukannya
bersifat kejam dengan melakukan pembunuhan terhadap binatang di jalanan
ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment