Monday, September 21, 2015

Parti Mat Sabu Termalu Perguna Gambar Artis.. Rayu Minta Maaf

Baru je ditubuhkan dan diluluskan, tapi dah pandai buat taik dekat orang. Orang yang dorang buat taik tu bukan lekeh-lekeh… Model Felixia Yeap pulak tu atau nama Islamnya Raisyyah Rania. Apa lah Parti Amanah Rakyat (Amanah) ni, suka-suka hati je guna nama dan muka artis untuk lariskan dorang punya nama parti dan sekali gus untuk mainan politik tanpa kebenaran empunya badan.

Mahu tak melenting kawan tu, senang-senang je guna gambar orang untuk berpolitik. Raisyyah meluahkan rasa tidak puas hatinya itu melalui akaun Instagramnya selepas ada sorang mamat di Facebook upload gambar ala-ala poster politik yang tertera gambarnya, siap dengan ayat yang direka penyokong Amanah tu sendiri owwww hebat!

“Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka… saya pasti.

“Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini,” tulisnya

Lepas je kantoi dan berita pasal penggunaan gambar Raisyyah menjadi buah mulut di media sosial.. Baru la Amanah muncul dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Raisyyah kerana menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

Pada masa yang sama, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor, berjanji yang perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang.

“Kami memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini. Pihak kami berjanji akan lebih cakna dan berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, semua poster yang berkaitan telah pun dipadamkan dalam tempoh kurang 23 jam kerana tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan. Haaaaa lain kali jangan buat lagi yer.. Belajar dulu dekat senior-senior haha!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment