Monday, September 21, 2015

Wan Azizah Rayu PAS Beri Peluang Kedua Pada Cina DAP

Walaupun Pas telah menolak ajakan PKR untuk menyertai gabungan parti pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan baharu bersama PKR, DAP dan PAN.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, tawaran kepada Pas untuk sertai pakatan baharu adalah kerana sebagai sebuah parti pembangkang mereka perlulah bersatu demi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, Pas tidak akan mampu menawan Putrajaya sekiranya parti Islam itu bersendirian tanpa mendapat bantuan dari parti pembangkang yang lain.

Oleh itu, beliau selaku Ketua Pembangkang berharap agar Pas sudi untuk hadir ke dalam rundingan meja bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Tambahnya, jika Pas tidak hadir pada mesyuarat meja bulat bagi membincangkan pembentukan pakatan baharu, ia merupakan keputusan muktamad Pas untuk tidak bersama parti pembangkang yang lain.

Bagaimanapun, beliau masih berharap Pas dapat mempertimbangkan keputusan untuk sama-sama menyertai pakatan baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

"Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah kemukakan jemputan. Saya masih buka jemputan meja bulat itu bagi mencari jalan untuk masa depan negara.

"Kalau dia tak dapat datang itu adalah pilihan dia. Pintu masih terbuka, invitatioan masih open," kata Wan Azizah ketika ditemui pemberita di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Wan Azizah turut memaklumkan, mesyuarat meja bulat bagi membincangkan pembentukan gabungan parti pembangkang baharu akan diadakan pada 22 September ini di Empire Hotel, Subang pada jam 10 pagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment