Monday, September 21, 2015
Tak Masuk Akal AMANAH Pelawa PAS Bergabung
Memang tidak masuk akal apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mempelawa 
Pas menyertai perbincangan menubuhkan muafakat politik baharu.
Biarpun hajat yang diluahkan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub 
nampak baik dan penuh sopan, namun hakikatnya akan menambahkan kebencian
 ahli-ahli Pas terhadap Amanah.
Logiknya, sudahlah keluar parti yang didukung selama menyertai politik 
hingga nama dikenali ramai, boleh lagi memujuk ahli-ahlinya parti Pas 
sekali untuk menyertai Amanah.
Yang paling tidak sepatutnya berlaku adalah sasaran Amanah sendiri untuk
 meramaikan penyokongnya adalah dalam kalangan ahli-ahli Pas dan kenapa 
bukan UMNO atau PKR jauh sekali DAP?
Maka sangat wajarlah Pas menolak untuk bekerjasama dengan parti Amanah 
yang diasaskan oleh kumpulan serpihan Pas yang kebanyakannya gagal 
mendapat tempat pada pemilihan di Muktamar Pas lalu.
Apapun, Salahuddin menyifatkan tindakan Pas untuk menjauhi Amanah lebih 
memudahkan kerja pakatan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0
 (PR 2.0).
“Kita pun tak nak terlalu mendesak Pas untuk bersama PR 2.0. Kalau dah tak nak, senang lagi kerja kita untuk bergerak.
“Biarlah Pas dengan keputusannya kerana lebih memudahkan kami dalam 
Amanah, PKR, DAP dan beberapa NGO lain untuk segera menubuhkan PR 2.0,” 
katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.
Menurut Salahuddin, Pas menolak untuk bergabung dalam PR 2.0 tetapi pada masa sama hanya akan bekerjasama dengan PKR.
“Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu,” tambah kenyataan itu lagi.
“Amanah lahir dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 
2.0 bagi membawa perubahan politik, sekali gus menyelamatkan Malaysia,” 
jelasnya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membuat kenyataan 
(tanpa menyebut secara khusus) partinya tidak akan bekerjasama dengan 
parti pengkhianat. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment