Monday, January 04, 2016
1MDB : Tony Pua Cuba Singkirkan Diri, Bina Persepsi Sebagai Mangsa
Adakah Tony Pua secara sengaja cuba menyebabkan dirinya tersingkir
sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan terus
melakukan tuduhan berterusan terhadap 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB)?
Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen (Gerakan) Simpang Renggam,
Liang Teck Meng susulan tindakan ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara
itu yang berikrar menerusi laman Facebooknya pada Jumaat untuk kononnya
“mendedahkan penyangak yang melakukan penipuan berbilion ringgit di
sebalik 1MDB yang telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit
duit pembayar cukai malah meruntuhkan keyakinan terhadap ekonomi
Malaysia dan mata wang”.
“Dengan secara harfiah mengemis untuk penggantungan, lebih awal daripada
penemuan akhir siasatan PAC dalam 1MDB, adakah dia (Pua) mahu
meramalkan penemuan siasatan, lalu kemudian supaya dikatakan menjadi
mangsa dalam usaha membina persepsi umum bahawa dia telah disekat secara
tidak adil dari ‘menemui kebenaran dan mendedahkan penyangak?
“Ia seolah-olah tidak ada keperluan untuk fakta yang betul dan
berasaskan bukti pertanyaan lagi kerana ahli tertentu ini (Pua) telah
pun membuat penghakiman sendiri, yang bertentangan dengan apa yang telah
dibentangkan di dalam PAC setakat ini, yang berdasarkan kepada sejumlah
besar dokumen, bukti dan kesaksian.
“Tiada seorang pun yang waras akan bersikap prejudis dan menjatuhkan
maruah diri dan PAC dalam cara sedemikian kecuali individu terbabit
mempunyai agenda politik tersembunyi yang tidak berdasarkan kebenaran
atau bukti fakta,” soal Liang yang juga ahli PAC menerusi laman
Facebooknya.
Pua menerusi kenyataan pada Jumaat mendakwa pengurangan hutang 1MDB
adalah hasil tindakan menyelamat (bailout) kerajaan dan pembayar cukai
dan bukan sebarang strategi perniagaan sekaligus PM 1MDBmempertikaikan
kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa tempoh
buruk 1MDB sudah berlalu.
Pada Khamis, Perdana Menteri berkata, beliau sudah memenuhi janjinya
untuk menyelesaikan isu-isu 1MDB dalam tempoh enam bulan, selepas firma
itu menjual 60 peratus pegangan dalam projek Bandar Malaysia kepada
sebuah konsortium yang terdiri daripada China Railway Engineering
Corporation Sdn Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings dengan harga RM7.4
bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment