Monday, January 04, 2016

Baru Nak Bertindak.... Poyooooo Betul.... Kerajaan Negeri Akan Keluar Kenyataan Tentang Isu Bauksit - MB Pahang

Habis selama ini Tutup mata saja... sedih betul melihat keadaan sekitar yang begitu teruk sekali. Buat lah ikut prosedur betul betul.Rakyat akan marah pada kerajaan BN.... itu nak kena beritahu jugak ke.
sendiri ingat lah....

Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Saya dan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) akan membuat kenyataan bersama nanti.

"Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-alukan ulasan daripada semua pihak berhubung isu perlombongan bauksit di negeri ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung isu bauksit yang telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran dan keselamatan di daerah ini.

Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai telah menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.

Sementara itu tinjauan Bernama di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.

Lori-lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment