Monday, January 04, 2016

Steadylah Husam… Terus Geletek PAS Dari Dalam

Siapa sangka Datuk Husam Musa terus bertahan sebagai ahli PAS yang ‘cukup istimewa’. Kalau ikut norma biasa disiplin dalam mana-mana parti politik beliau sudah lama kena tendang keluar.

Namun bekas Naib Presiden PAS yang melalui zaman malap dalam karier politiknya kini dari hari ke hari terus ‘buat lawak’ geletak parti itu dan kepimpinannya dari dalam dengan gelagat ikut suka hatinya.

Terbaru ialah hadiri dan berucap di majlis anjuran parti Amanah di Petaling Jaya Jumaat malam.Mat Sabu dan gengnya tentu sekali cukup gembira dengan kemunculan Husam dari parti lawan sebagai ‘penyeri’ pada pentas majlis mereka.Ia ibarat contoh orang kuat UMNO muncul dan berucap di majlis anjuan PKR.

Baru-baru ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah yang buat perangai telah mendapat kad merah dari UMNO kerana menghadiri majlis anjuran Pakatan.Ini bukan pertama kali Husam yang isytihar tetap nak kekal dalam wadah PAS uji kesabaran parti dan kepimpinanya.

Sebelum ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Salor di Kelantan berlagak macam ‘ tukang tembak’ rambang tidak bertuan dalam parti.

Senapangnya juga dihalakan pada Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang.Mengenai ‘ lawak’ terbarunya menghadiri majlis parti serpihan PAS,Husam membela dirinya gunakan alasan Hadi hadir satu pentas dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis anjuran alumni bekas pelajar Al-Azhar di Kuala Lumpur bulan lalu.

Dakwanya beliau hanya ikut jejak langkah Presiden PAS.

Husam yang dipercayai seolah menyindir kata beliau yakin tidak akan dipecat dari PAS kerana menghadiri majlis anjuran parti Amanah itu.Beliau juga umum tidak akan menyertai Amanah dan hendak kekal dalam PAS sebagai respon pada suara kalangan hadirin agar beliau lompat masuk dalam kapal Mat Sabu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan orang kuat DAP Lim Kit Siang.
Bukan setakat itu,malah di majlis berkenaan Husam umum beliau akan ikut serta roadshow bersama Lim Kit Siang anjuran Pakatan untuk tibai UMNO/BN.

Tindak tanduk tebaru Husam ini telah mencetuskan sikit polimek. Ketua Dewan Ulama Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menyifatkan adalah tidak wajar Husam menyamakan kehadirannya dengan jemputan yang diterima Presiden PAS hadir di majlis alumni bekas pelajar Al-Azhar.

Menurutnya majlis yang dihadiri Hadi dianjurkan oleh persatuan tertentu, sedangkan Husam hadir dalam program anjuran seteru politik mereka.

“Jadi tidak bolehlah hendak membuat andaian sendiri dan hendak membuat kias sendiri yang dia (Husam) boleh hadir ke majlis musuh politik PAS sedangkan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 itu bukan anjuran UMNO tetapi dianjurkan oleh bekas-bekas pelajar (Alumni Universiti Al-Azhar),” katanya.

Mahfodz dalam pada itu menegaskan kehadiran Hadi pada majlis Disember tahun lepas telah pun dirujuk ke PAS Pusat terlebih dahulu.

Berbeza dengan Husam yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada PAS Pusat.

“Sepatutnya (Husam) tidak boleh menyamakan keadaan beliau dengan Presiden PAS, kerana (Datuk Seri Abdul Hadi) hadir itu telah diputuskan oleh PAS Pusat, mereka hadir ke Multaqa itu pun dimaklumkan kepada AJK PAS Pusat.

“Husam pula tidak maklum, jadi dia buat kias sendiri, jadi kiasnya itu tidak betul dan hendak disamakan dengan Presiden PAS,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfodz berkata, tindakan Husam itu juga membayangkan kedudukannya sekarang dalam PAS.

“Jadi itu sudah ada petanda-tanda yang dia sudah tidak jelas kedudukannya. Pasal kalau dia memang betul-betul sayangkan PAS sedangkan Amanah itu tidak sehaluan dengan PAS, tambah pula mereka yang keluar daripada PAS, jadi sepatutnya dia tahulah,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua anggota PAS tidak dihalang menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, katanya mereka perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.

Tuan Ibrahim berkata kebiasaanya PAS akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti untuk menimbang kehadiran mana-mana anggota ke majlis berkenaan.

Selain itu, katanya anggota PAS turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu

"Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk mempertahan tohmahan buruk pihak di luar parti dan membetulkan persepsi terhadap parti," katanya.

Apa yang jadi tandatanya sekarang apakah PAS akan bertindak terhadap Husam yang dikatakan jelas sudah langgar sempadan dan disiplin parti?Ada sumber dalaman PAS yang menduga parti itu akan biarkan Husam terus ‘syok sendiri’.“Kita tengok sudah berapa lama dia nak main sandiwara ini,”katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment